BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 7, 2009

Laksanakan Tanggungjawab, Maka Mudarat. Elak Mudarat, Tak Laksana Tanggungjawab, Mungkar Berleluasa. Mana Pilihan Ku? Siri 1

Suatu hari datang seorang sahabat memberitahuku, seorang sahabat nak kena pukul oleh seorang hamba Allah. Aku bertanya padanya, kerana apa budak tu nak pukulnya, apa salahnya?. Sahabat menjawab kerana laksanakan amar maaruf nahi mungkar.. Puncanya, sahabat ini menegur sepasang couple yang sedang asyik di buai nafsu. Atas kerana itu, sang rijal naik berang keluar tanduk memgugut sahabat tadi bahawa dia akan cari. Dia memberitahu akan belasah sahabat ini suatu masa. Membuatkan sahabat ini gelisah.

Bila mendegar berita ini, teringat sejarah hitamku di sekolah dulu bila hampir cetuskan pergaduhan pelajar yang paling besar dalam sejarah sekolahku. Permulaan cerita sama dengan sahabatku ini. Kalau dia tegur budak tu atas tanggungjawab sebagai ketua badan kerohanian kolej, aku waktu tu sebagai ketua pengawas sekolah. Sebelum ku kongsi kisahku, ku ingin sambung kisah sahabatku ini. Ku jumpa sahabatku ini, bincang dan bagi pandangan padanya. Pergaduhan bukan jalan yang paling berhikmah. Sememangnya sahabatku ini sentiasa mencari jalan rundingan dan pendamaian. Ku pernah berkata pada sahabat ini, jika rundingan ditolak, kerana sifat egonya, serahlah masalah itu pada ana. Ana sendiri berunding dengannya sekurang-kurangnya ana bersedia atas tindakan luar jangkanya. Selang beberapa hari, sahabat ini memberitahuku masalah sudah selesai. Kawan itu dah minta maaf dengannya. Alhamdulillah, tersentak hatiku berkata "inilah gengster paling baik yang pernah aku jumpa". Mulai hari tu tanggapanku muda dah berubah. Kalau sebelum ni aku terfobia dengan sejarah lepas. Mungking situasiku waktu tu berbeza, di sini universiti dan dulu adalah sekolah. Untuk sahabat, dalam kempus adalah zon yang paling selamat. Bila sahabat sudah keluar dari alam kempus, disini medan sebenar perjuangan. Jika sebelum ini sahabat dilatih berhadapan dengan mad'u yang cerdik pandai, golongan sederhana dalam pemikiran, kadang-kadang golongan fasiq. Bila berada di luar, sahabat kena bersedia berhadapan dengan golongan-golongan manusia berperangai dajjal dan tidak berkeperimanusiaan. Setiap kejadia berakhir dengan koma' atau kematian. Maka persiapkanlah dirimu..

Bersambung ke siri 2

Tuesday, June 2, 2009

Gara-Gara Sikap Suka Menangguh Untuk Solat, Allah Beriku Perigatan.

Suatu hari, dalam aku menunggang motor dalam waktu yang hampir senja. Melalui sebuah masjid, azan kedegaran.. Sahabat bertanya, kita nak solat dulu ke?, jawapanku dah dekat dengan rumah, kita balik dulu tukar pakaian. Aku terus berlalu pergi.. Memandangkan Azam magrib sudah berkumandang, aku memecut motorku dan dibonceng seorang sahabat dibelakang.(EX5 Class 1- 110cc). Tengah memecut alangkah terkejutnya ada sebuah kereta melintang jalan kerana mungking nak betulkan posisi kereta dalam parkingnya.

Jarak yang lebih kurang +/-5 or 6 meter pada kelajuanku +/-80KM/jam aku brake megejut.. Allah tarbiyyah ku waktu ni..Alhamdulillah kurang dalam satu saat, Allah telah mengilhamkan pilihan untuk jatuh& rempuh pada posisi yang mana dimana aku dan sahabatku dibelakang paling kurang cedera. Dirasakan lama ku berfikir walau waktu yg sangat singkat masa itu. Allah maka kuasa menjaga masa itu. Jika ku nyatakan balik apa yg ku fikirkan masa tu memang mustahil.

Pertamanya posisi mana aku mahu rempuh kereta tu, samada bahagian depan tengah atau belakang krn x nak mudaratkan org dlm kereta itu.kedua, sudut rempuhan motorku. Jika 90o maka memberi kerosakan yg besar pd motor dan keretanya. Pilihanku mcm mana nak pastikan sudut rempuhan kurang 90o agar motorku blh terpelanting kearah lain. Dan macam2 ku fikir waktu tu...

Keputusanku "terbalikkan motor!!!", Alhamdulillah, keputusan yang paling tepat, dimana kedua tayar motorku menghempak bahagian bawah kereta. Secara teorinya, bila bahagian tayar depan dan belakang akan bertindak menyerap hentaman yang kuat. Lalu terpelanting jauh dari tempat kejadian. Izin Allah motorku meluncur dulu diikuti oleh ku dan sahabat dari belakang. Waktu ku menggelongsor atas jalan, ku tumpukan seluruh berat badan ke kaki. Kebetulan aku memakai but tentera yg biasa ku guna utk kawad. Tanganku tak menyentuh jalan. Alhamdulillah aku tak cedera akibat gelongsor atas jalan tersebut.. Bila badanku menghampiri pintu kereta, Allah gerakkan badanku pada posisi mengirim dan tangan kananku pada kedudukan tangkisan ASAS pertama dalam Silat Gayung. Aku gengam sekuat2nya lalu menghempak pintu kereta. Kepalaku terhantuk pada cermin pintu berkecai cermin pintu. Alhamdulillah pakai helmet SGV. Kalau helmet Apollo.. Subhanallah... Bayangkan pintu kereta menjadi V kerana terhempak badanku.

Selepas tu hentaman yang kuat pada pintu kereta, aku sempat berjalan beberapa langkah. Alhamdulillah tak pitam cuma aku terduduk. Dalam kaedaan ketika tu aku terfikir mcam mana sahabatku. Alhamdulillah, di lebih cepat & tangkas dariku. Sebelum badannya menghempak kereta, dia sempat melompat dengan pergerakan lompatan harimau. Dia jatuh sebelah sana kerata. Macam mana dia lompat dan jatuh, dia pun tak tahu. Alhamdulillah, dalam kaedaan aku pening2 lalat& sedikit luka kerana terkena cermin kereta. Sahabat bersamaku datang membimbingku. Allah selamatkannya, dia lansung tak cedera. Bila ku periksa badannya memang tak cedera, tak da kesan terhantuk dll. Alhamdulillah, Allah maha berkuasa. Dalam kaedaan yang agak kelam kabut, berhadapan dengan surau plak tu, entah sempat habis ke tak mereka tengah solat datang membantuku.

Aku dan sahabat mencari motor yang terpelanting td. Alangkah terkejutnya, motorku terpelantikg kesebuah rumah banglo, melepasi parking keretanya dan melepasi "pagar musang"/ pada bukaan 1 meter dan melepasi dua anak tangga rumah. Dikatakan motorku telah menghentam pintu utama rumah tersebut. Mengejutkan penghuni didalamnya. Alhamdulillah pintunya kayu kelas A tak pecah, macam pintu masjid. Kalu pintu rumahku, mahu tercabut.Bila isteri tuan rumah buka pintu, meraung terkejut melihat motorku pada kaedaan tayar belakang di atas dan tayar depan dibawah tersandar kat pintu. Walaupun kaedaan macam tu motorku tak rosak teruk, ada pecah.

Bila balik, ku berfikir kembali. Subhanallah, dalam masa yang singkat pelbagai perkara telah ku buat. Ini suatu perigatan Allah kepada ku agar menyegerakan solat. Dalam Allah memberiku perigatan, di tarbiyyah dan diselamatkanku. Sangat memberi perigatan kepadaku, kejadian berlaku berhadapan dengan surau. Teringat kata-kata guruku, sesuatu perkara yang mustahil bagi makhluk adalah tidak mustahil bagi Allah.... Kepada sahabat, jauhi sifat yang suka menangguh pada kebaikkan lebih-lebih pada kewajipan kita sebagai hamba.

Apa yang dapat disimpulkan disini, selain perigatan Allah kepadaku, Allah selamatkan kami dengan pergerakan-pergerakan dalam silat. Kenapa silat keluar?? Kerana kami belajar dan berusaha, bila, dimana ia terkeluar, itu semua hak Allah berlaku atas khudrat dan iradat-Nya. Ku perhatikan sahabat, bila terbalik motor pada kelajuan +/-20km/jam sudah mengalami kecederaan teruk. Dalam hatiku, aku terfikir. Pertolongan Allah itu beserta dengan hasbab, adakah sahabatku ini tak ambil hasbab pertolongan Allah?? Untuk menjaga hati sahabat, aku mampu berkata. Sabar ini ujian dari Allah.. Untuk akan datang Ambillah hasbab itu, kerana kita hamba biasa. Igat, bila dipukul, maka terpukullah dia. Tapi setiap pukulan ada tangkisannya, bila ditangkis maka tak terkenalah pukulan itu. Kerana ia fitrahtullah. Setiap racun ada penawar dan lain-lain. Antara kamu ambil atau tak ambil je. Kedua-duanya adalah ketetapan-Nya. Jangan samakan dengan wali-wali Allah. Pertolongan Allah tanpa habbab.. Untuk menjaga hati umatnya, Nabi SAW pernah bersabda "Hasbab itu sunnahku".

Wallahua'lam..

Monday, June 1, 2009

Antara Persimpangan Dua Jenis Silat? Mana Pilihanku..

Suatu hari datang seorang sahabat bertanya pendapat kepadaku. "Syeih, silat mana ana perlu pilih. Samaada silat gayung atau silat cekak. Dua-dua ana minat.." Jawapanku, "anta sang rijal.. mana-mana silat baik dan sesuai untuk anta, cuma berdasarkan pengalaman sedikit ingin kukongsi tentang silat-silat ni. Lepas tu buat keputusan mana yang terbaik. Jika ada orang pukul ana dalam kaedaan ana pakai seluar, disini ana ada dua piliha. Samaada gerakan gayung atau gerakan cekak. Bergantung pada kaedaan. Tetapi, jika ada musuh menyerang ana dalam kaedaan ana pakai jubah atau berkain sarung, gerakan gayung adalah sangat tak sesuai. Lebih 50% kekuatan gerakan gayung pada kekuda. Macam mana ana berkuda-kuda bila dah pakai kain sarung. Nampak tak senonoh sangat. Dalam kaedaan ini gerakan cekak adalah paling efektif kerana tak perlu kekuda (harap muslimat faham).Ini jawapan, silat mana pilihanmu.. Selain tu, pandangan pribadi. Jika anta selalu menunggang motor, refleks silat gayung amat selamat jika dalam kaedaan darurat, dan jika anta bawa kereta refleks dalam gerakan silat cekak amat sesuai jika berlaku kaedaan luar jangka.


Kenapa?? Dalam silat gayung, anta akan belajar lompatan harimau dan pelbagai jenis lompatan. Sejarah sahabat-sahabat dalam gayung bila kemalangan jalan raya, Alhamdulillah Allah gerakkan lompatan dalam latihan sebagai hasbab kepada mudarat yang paling minima.. Seorang jurulatih ana berkongsi cerita, kawannya rempuh lembu memintas jalan pada kelajuan 120KM/jam dengam motor RXZ. Tahu apa jadi?? Lembu mati tempat kejadian... Kelajuan motor serta sudut rempuhan bagaikan pisau yang menghiris badan lembu tu.. Apa yang jadi pada kawan ni.. Alhamdulillah, Allah tarbiyyah terus padanya. Allah selamatkannya dengan diberi beberapa hasbab agar orang yang melihat tidak terkufur atau tersyirik.. (maksudnya takut dikatakan pakai Jin, rosak orang yang melihat). Kata sahabat ini, saat di rempuh lembu ini, di terus buat lompatan anak harimau di atas jalan raya.. Entah berapa puluh kali dia buat sehingga anarsia/ momentum badannya perlahan. Alhamdulillah, dia hanya calar dan tak ada luka dalaman. Waktu aku tingkatan lima, abang ni sambung belajar ke Al-Azhar. Sekarang dah jadi ustaz Alhamdulillah..

Berbalik tentang kereta, kenapa ana kata silat cekak sesuai jika kaedaan luar jangka. Lebih 90% kekuatan cekak pada tangan. Bila memandu kereta,menyokong keselamatan pemandu pada stereng kereta. Bila emergency brake yang menyokong keselamatan ialah stereng.. So, waktu ni refleck tangan kena cepat kerana tanganlah yang memegang stereng dan hand-brake. Tip ana bila bawa kereta, apabila melihat selekoh terlindung. Ana akan fikir disebalik selekoh tu ada apa2 seperti lembu nak memintas. So, ana akan bersedia pada kedudukan tangan pada gerakan refleks paling maksimum. Suatu hari ana pernah ikut sebuah kereta dari belakang pada hari raya. Dalam kaedaan tenang kami memandu, kereta dua dari hadapanku break megejut(perempuan bawa). Menyebabkan kami dibelakang kelam kabut. Kereta didepaku, aku fikir agak jauh juga dengan kereta didepannya. Tapi pemandu ni cepat penik, kesan tayar pada jalan 1 line yang panjang. Stereng lansung tak menyokong, lemah dan kaku pada waktu tu, di sondong kereta depan tu. Aku dari belakang dia juga brake mengejut, alhamdulillah tangan berfungsi, dekat dengan kereta depanku aku mengelak ke kiri bahu jalan.

Alhamdulillah, kadang-kadang orang meyangka belajar silat ni untuk bertahanan diri bila bertumbuk dan ditumbuk. Igat, kaedaan macam ni juga Allah gerakkan atas usaha dan pengorbanan kita sebelum ni... maka pilihlah silat gayung atau silat cekak yang mana kamu suka/ minat. Kedua-duanya baik dan sesuai untuk seorang muslimin. Kedua-duanya ada kelebihan. Kerana ana dah lalu jalan ini. Jangan bimbang tak akan sesat, tak akan syirik dan lain-lain. Kerana terasnya kedua-duanya adalah islam..."




Akhlak, Ibadah & Syariat Adalah Dasar Utama Silat Seni Gayung

Buat tatapan sahabat, tahun 1998 aku mula mempelajari Silat Seni Gayung Malaysia sehingga tahun 2002. Sedikit ingin ku kongsi mengenai Silat Seni Gayung ini permata pusaka nenek moyang kita. Penekanan pembelajaran silat seni dalam masyarakat Melayu adalah sejajar dengan seruan Allah S.W.T. dalam Surah Ar-Ra'd supaya umat Islam bersiap sedia menghadapi musuh dengan kadar kekuatan yang termampu. Ini merupakan cita-cita dan dasar utama Silat Seni Gayong yang meletakkan agama di tempat yang Maha Tinggi.


Tiada pantang larang dalam Silat Seni Gayong. Apa yang menjadi pegangan dalam Silat Seni Gayong ialah mentaati segala suruhan dan titah perintah Allah S.W.T. serta menghindar atau menjauhi segala laranganNya.

Perguruan seni silat pada hakikatnya ialah satu institusi pendidikan di mana manusia dibentuk dan dilentur untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang maksimum. Pendekatan pendidikan seni silat sebagaimana yang diterangkan di atas merupakan kaedah yang utama oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Sesungguhnya, falsafah pendidikan Silat Seni Gayong sejak dahulu lagi dirangka sebegitu rupa untuk melahirkan satu generasi yang berhemah tinggi dan berwawasan bagi memelihara kesucian agama Islam serta memimpin bangsa dan negara ke arah matlamat yang diredhai Allah S.W.T.
Teras pendidikan Silat Seni Gayong pada dasarnya telah disimpul dalam kalimah Gayong itu sendiri:

Ga - mewakili genggam. Genggam bermaksud kepatuhan dan taat seti yang tidak berbelah bahagi kepada ajaran Islam dan amanah Silat Seni Gayong yang telah ditinggalkan al-marhum Dato' Paduka Meor Abdul Rahman, Pendita Agung Gayong.

Alif - mewakili angkat. Ia bererti kewajipan murid-murid Gayong untuk menjunjung kedaulatan Al-Quran dan syariatNya. Di samping itu juga, semua murid Gayong mestilah memelihara segala amanah sebagai murid dan ahli Gayong yang digenggam agar ia terus dihormati dan dipatuhi.

Ya - mewakili yakin. Bahawasanya kita beriman dengan kebenaran Al-Quran dan segala apa yang dilakukan hendaklah bertauhidkan Allah S.W.T. Semua murid dan ahli Gayong juga mestilah yakin dengan kelebihan ilmu yang dipelajari dan hanya menggunakannya untuk kebaikan.

Wau - mewakili waras. Waras dalam ertikata sedar, rasional dan penuh keinsafan atas segala tindakan dan keputusan yang hendak diambil. Ia menggambarkan bahawa seorang murid dan ahli Gayong tidak akan bertindak sesuka hati tanpa memikirkan buruk baik dan akibat sesuatu perkara.

Nga - mewakili ngeri. Ngeri dengan kebesaran Allah S.W.T. dan azab seksaanNya, ngeri dalam melakukan sesuatu perkara atau ketika mempamirkan Silat Seni Gayong dan kengerian yang terhasil apabila satu keputusan terpaksa diambil dalam saat-saat genting.

Lima huruf diatas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari semalam. Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong terpancar daripada keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya.

Apabila wujud segala sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang disebutkan diatas barulah dianggap seorang murid Gayog itu benar-benar menuntut dan mendalami ilmu Silat Seni Gayong.

Amanat Guru

Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu,
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti harimau hilang kuku.
Jangan ditepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu,
Jangan pecah mentera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas,
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut di lautan tujuh,
Pecah Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa balik berpadu (teguh).


Silat Tidak Boleh Dipisahkan Dengan Islam Kerana Itu Rohnya

Ilmu bela diri adalah dimaksudkan dengan ilmu untuk mempertahankan diri daripada ancaman-ancaman, pencerobohan-pencerobohan dan keganasan-keganasan yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab khususnya musuh Allah. Mempertahankan diri pula, dalam ertikata yang luas ialah mempertahankan diri sendiri dan apa jua yang berkaitan dengan diri atau agama, harta dan negara.


Dalam soal mempertahankan diri dari ancaman dan serangan musuh, ada pihak-pihak yang mengatakan bahawa ilmu bela diri tidak lagi diperlukan kerana kita sudah ada senjata-senjata moden yang boleh membunuh musuh dari jarak jauh. Memang kita tidak menafikan kenyataan bahawa senjata moden itu dapat membedil musuh dari jarak jauh, namun kita berasa hairan kenapakah pada setiap muncung senapang ada diletakkan benet? Tujuan apakah benet itu diletakkan? Bukankah tujuannya untuk menikam musuh dari jarak dekat? Ini membuktikan bahawa ilmu bela diri masih diperlukan walaupun di zaman serba kemajuan yang mempunyai cukup senjata-senjata modennya.


Seperkara lagi, walaupun manusia telah dapat mereka berbagai-bagai alat dan senjata untuk menjamin keamanan manusia dari ancaman musuh, namun ternyata bahawa manusia masih lagi terdedah kepada berbagai-bagai jenis pencerobohan dan ancaman. Oleh itu persedian untuk menjaga diri, agama, harta dan tanahair sentiasa merupakan keperluan asasi lagi dituntut oleh agama.

Nyawa adalah hak Allah. Menjaga dan mempertahankan nyawa menjadi suatu kewajipan utama yang tidak dapat dipertikaikan lagi oleh sesiapa pun. Dengan itu mempelajari ilmu bela diri sebagai alat mempertahankan diri merupakan suatu perkara wajib. Kenyataan ini sejajar dengan firman Allah yang bermaksud "Dan sediakanlah apa jua jenis kekuatan yang kamu dapat sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia, kamu menggentarkan dengannya musuh Allah dan musuh kamu dan musuh-musuh lain juga yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahuinya".

Tuntutan agama supaya seseorang itu mempersiapkan diri dengan ilmu bela diri sudah tentu mempunyai banyak hikmat-hikmatnya yang tersembunyi. Salah satu hikmatnya yang paling nyata sekali ialah seseorang yang mempelajari ilmu bela diri, dia akan dipanadng mulia dan disanjung oleh sahabat dan masyarakatnya, namun sebaliknya pula pihak musuh merasai gentar dan gerun terhadapnya. Demikianlah kelebihannya orang yang memiliki ilmu bela diri.

Dalam surah al-Zumar, Allah berfirman dengan maksudnya : "…..katakanlah wahai Muhammad : Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal sahajalah yang dapat menerima pelajaran." Dalam ayat yang lain Allah berfirman lagi dengan maksudnya : "Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan juga orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat…"

Jelaslah di sini bahawa, kedudukan ilmu bela diri adalah penting dan tinggi statusnya di sisi Islam. Setiap orang hendaklah sedar tentang pentingnya ilmu ini dan mengambil langkah-langkah untuk mempelajarinya.

Bagi bangsa Melayu, ilmu bela diri yang harus dipelajarinya ialah ilmu silat, kerana di samping ianya dapat digunakan untuk membela diri ia juga merupakan lambang kebudayaan bangsa Melayu. Pada masa sekarang berbagai-bagai jenis ilmu silat Melayu boleh ditemui dan dipelajari. Di antaranya ialah Seni Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Gayung Petani, Silat Lincah dan Silat Sendeng. Namun persoalannya sekarang, adakah semua jenis ilmu-ilmu silat Melayu itu benar dan sejajar dengan ajaran dan akidah Islam?

Bagi menjawab persoalan tersebut, seseorang itu hendaklah mengkaji dan menyelidiki dengan teliti jenis-jenis ilmu silat Melayu yang ada, untuk mempastikan kebenarannya sebelum mempelajarinya. Ringkasnya, saya dapat jelaskan bahawa ilmu silat yang sebenar itu mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti berikut :

Bahawa ilmu silat tidak mengamalkan adat-adat istiadat yang berunsur tahyul dan khurafat; Bahawa ilmu silat itu melatih serta mendidik ahli-ahlinya dengan keberanian bukan mengganas atau menceroboh; dan Bahawa ilmu silat itu mengamalkan ilmu kebatinan yang sebenarnya. Seni Silat Cekak adalah sejenis silat Melayu yang asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk membela diri. Adat-adat istiadat yang digunakan dalam silat ini adalah bersih dan jauh dari unsur-unsur tahyul dan khurafat. Sesungguhnya Silat Cekak sememangnya mendokong cita-cita untuk membanteras amalan tahyul dan khurafat yang terdapat dalam silat-silat Melayu. Antara amalan-amalan karut yang pernah diamalkan oleh setengah-setengah silat ialah membedah dada ayam yang masih hidup untuk melihat hati dan jantungnya bagi tujuan ilmu bela diri; menyapu darah ayam pada kaki untuk untuk mendapat mimpi atau ilham tertentu; menyiram darah ayam di sekitar gelanggang silat untuk meminta sesuatu hajat dan lain-lain lagi. Kita ingin bertanya, untuk siapakah darah ayam itu disiram? Bukankah untuk jin?

Dari segi pelajaran, Seni Silat Cekak mempunyai kaedah pelajaran yang tetap dengan buah-buah pukulan yang cukup lagi kemas serta kunci-kunci tangkapan yang lengkap. Pergerakannya pula sesuai benar dengan gerak-geri semula jadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip agama. Pelajaran Seni Silat Cekak tidak sepeti kebanyakan silat-silat lain. Ia lebih menitik beratkan kepada mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian, bukan mengganas atau menceroboh.

Silat Cekak hanya menyerang apabila terpaksa, demi menjaga keselamatan diri. Sistem pelajaran sedemikian itu secocok dengan ajaran al-Quran yang mengajur supaya tidak menceroboh kecuali diceroboh terlebih dahulu. Firman Tuhan dengan maksudnya : "Sesiapa yang memusuhi kamu, maka hendaklah kamu memusuhinya sebagaimana dia memusuhi kamu." Pelajaran silat yang menumpukan kepada kaedah menyerang semata-mata dipercayai bukan sahaja akan membangkitkan semangat angkuh dan bogkak di kalangan ahli-ahli silat akan tetapi mendorong mereka berlaku kasar dan ganas.
Di samping Silat Cekak melatih sifat keberanian yang merupakan sifat lelaki (rijal) ia juga mendidik ahlinya berperangai baik, hidup bersaudara dan menganjur mereka patuh kepada guru dan tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa. Islam menyuruh patuh kepada guru dan kedua ibu bapa dan melarang keras perbuatan menderhaka kepada mereka. Pendidikan supaya patuh kepada guru dan kedua ibu bapa serta kelebihan-kelebihannya ada dirakamkan di dalam pantun Silat Cekak berikut sebagai rujukan ahli-ahli :

Sebenar guru ada hakikat,
Dikuat pula amalan syariat,
Ditambah pula ilmu makrifat,
Berpakaian pula dengan isyarat.

Taat kepada guru membawa berkat,
Sedikit belajar banyak yang dapat,
Jika menderhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang lekat.

Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
Besar jasa kepada kita,
Kalau menderhaka bahaya menimpa,
Di akhir kelak merosak kita.


Seni Silat Cekak pada hakikatnya adalah silat gerak. Silat makan segerak; makan gerak di dalam gerak. Adalah mustahil sama sekali dalam suatu ketika itu berlaku dua gerak.
Pada pandangan Seni Silat Cekak, ilmu kebatinan yang sebenar itu ialah ilmu untuk mengingati Allah dengan sebenar-benarnya sehingga hati sentiasa terjaga walaupun mata kasarnya lena. Tujuan mengingati Allah itu ialah untuk membersihkan hati dari penyakitnya seperti megah, riya' dan dengki dan supaya hati sentiasa ikhlas terhadap Allah. Setelah hati bersih dan ikhlas barulah Allah membuka dan mengurniakan kepada kita rahsia-rahsia hakikat dan makrifatnya. Pada ketika itu tercapailah tujuan hidup kita iaitu untuk menjadi hamba Allah semata-mata.

Golongan yang menjalani ilmu kebatinan seumpama ini adalah mereka yang berpegang teguh dengan ilmu hakikat dan menganut sepenuhnya ilmu syariat yang kedua-keduanya dari syariat nabi besar Muhammad S.A.W. Ilmu ini jika diperolehi, bermacam-macam kelebihan yang Allah kurniakan. Jika seorang pendekar, maka sangat pantas kaki tangannya. Tatkala berdepan dengan musuh mendapat maunah Allah, dan ketika berhujah dapat mematahkan hujah lawan dengan mudahnya.

Perkara-perkara luar biasa yang mencarik adat bolehlah kita kategorikan kepada lima iaitu pertamanya mukjizat, ia diberi kepada rasul-rasul Allah; keduanya Irhas, ia diberi kepada nabi-nabi; ketiganya keramat, ia dikurnia kepada wali-wali Allah; keempatnya hikam/ma'unah, ia dikurniakan kepada orang-orang mukmin. Sementara kelimanya istidraj atau sihir, ia terjadi kepada orang-orang munafik, fasik dan kuffar.

Kesimpulannya bahawa Islam sememangnya memandang mulia terhadap ilmu-ilmu bela diri kerana ia adalah suatu cabang ilmu pengetahuan yang digesa untuk dipelajari. Walau bagaimanapun bidang-bidang ilmu bela diri bermacam-macam, ada yang sesuai dengan ajaran Islam dan ada yang tidak sesuai dengan ajaran Islam. Ilmu bela diri yang sesuai dengan Islam ialah ilmu bela diri yang dapat mendidik peribadi ahlinya menjadi baik, berani dan mengarahkan mereka kepada bertakwa kepada Allah. Seni Silat Cekak merupakan sejenis ilmu bela diri bangsa Melayu yang asli yang boleh bertanggungjawab untuk mempertahankan diri serta selari pula dengan ajaran Islam yang sejati.


wassalam.