BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 31, 2009

Silat Dalam Perpektif Solat

Daripada pengamatan saya selama berada dalam Silat Cekak Hanafi (Skrn dikenali Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi). Beberapa perkara menarik untuk dikongsi bersama sahabat. Maka kembalilah silat itu kepada fitrah asal.



Terdapat 4 kaedah utama dalam Silat Cekak iaitu :

1. Kaedah A (Diilhamkan dari kedudukan berdoa)
2. Kaedah B (Diilhamkan dari kedudukan qiam)
3. Kaedah C (Diilhamkan dari kedudukan ketika rukuq)
4. Kaedah D (Diilhamkan dari kedudukan ketika mengangkat takbir)

Dari 4 kaedah ini maka lahirlah 21 buah dan kepada ahli baru , mereka akan mengikuti silibus matapelajaran seperti dibawah :

Kaedah A
Kaedah A adalah diilhamkan daripada gerakan doa. Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 11 buah iaitu:

  • Buah Pertama
  • Buah Kilas Belakang
  • Buah Kidung Kiri
  • Buah Hentak
  • Buah Ali Patah Atas
  • Buah Ali Patah Sudah Pecahan Pertama
  • Buah Selendang
  • Buah Paras
  • Keputusan Pasong Kemanga
  • Buah Luncur
  • Buah Siku Potong
Kaedah B adalah diilhamkan dari gerakan Qiam dalam sembahyang. Daripada kaedah Qiam ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 5 buah iaitu:

  • Keputusan Gayung Fatani
  • Keputusan Sendeng Atas
  • Buah Kuntau Jatuh
  • Buah Gari
  • Buah Ali Patah Sudah Pecahan Kedua






Kaedah C
adalah diilhamkan dari gerakan rukuk dalam sembahyang. Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 3 buah iaitu:

  • Buah Kilas Hadapan
  • Keputusan Terlak
  • Keputusan Lintau








Kaedah D adalah diilhamkan oleh gerakan takbiratul ihram dalam sembahyang. Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 2 buah iaitu:

  • Buah Kuntau Kiri
  • Buah Hempok








* Pada peringkat asas dan jatuh , ahli akan diperkenalkan kepada 20 buah sahaja .
* Setelah mendapat 20 buah asas dan jatuh , ahli akan masuk pada peringkat potong.
* Setelah tamat peringkat potong ahli akan dikenali sebagai ahli yang tamat silibus matapelajaran dan layak menerima buah ke 21 dalam Silat Cekak .
* Ahli yang tamat akan masuk kepada peringkat umum sekiranya masih kekal dan seterusnya memasuki kelas kemahiran .


Terdapat 5 pantang larang didalam Silat Cekak iaitu :

1. Tidak boleh derhaka kepada guru
2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
5. Tidak boleh mencaci silat melayu asli yang lain


Pantun Silat Cekak

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Nukilan Oleh : Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad

Persiapan Para Daie'

Dalam merentasi perjuangan Islam yang penuh mencabar hari ini, para pejuangnya dan pendakwah perlu meneliti dirinya dari semasa ke semasa agar mereka dapat melihat di manakah mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Mereka harus meneliti di mana kedudukan diri mereka dalam persoalan iltizam dan commitment terhadap Islam supaya mereka tidak tergolong di kalangan orang-orang yang dinyatakan oleh Allah swt di dalam FirmanNya yang bermaksud:

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Surah Al-Baqarah : ayat 44)

Oleh itu bagi pendokong-pendokong gerakan Islam, Tarbiyyah Ruhiyyah merupakan satu perkara yang penting di dalam merealisasikan kerja-kerja dakwah dan perjuangannya. Mereka yang selalu menekankan tarbiyyah ruhiyyah yang diberikan oleh Allah akan kekuatan dan ruh perjuangan untuk terus cekal dan istiqomah di dalam perjuangan ini. Didapati dalam Sirah bahawa Rasulullah saw bersama-sama para sahabatnya membangunkan agama Islam dalam keadaan lemah dan sedikit pada awalnya tetapi mereka mampu untuk menjadi kuasa yang digeruni oleh musush-musuh Islam kerana tarbiyyah yang Rasululah saw terapkan, iaitu Tarbiyyah aqidah dan Tarbiyyah ruhiyyah yang menjadikan mereka golongan yang tidak pernah gentar dengan kekuatan musuh yang jauh berkali-akli ganda.

Para da’ie mesti berkemampuan dan sentiasa bersedia dalam melakukan usaha-usaha ta’rif (dakwah), takwin (tarbiyah), tanfiz (pelaksanaan tugas) dan tamkin (pengukuhan). Untuk membicarakan tentang hal ni, sahabat-sahabat lebih mengetahui. Kesempatan di dalam blog ku ini, akan ku tekankan disiplin ilmu lain yang perlu ada pada para daie' sebagai pelengkap. Di mana, aku perhatikan kebanyakkan sahabat khususnya muslimin tidak menekankanya.

Seorang muslimin yang hebat, bila membicarakan sesuatu hal agama. Orang menyangka dia ustaz. Bila dia berhadapan dengan musuh, orang meyangka dia seorang hulubalag silat.

Bila kenderaannya rosak, orang menyangka dia makanik, bila dia kat dapur, orang meyangka dia cheif, bila dia terlibat dengan ekonomi, orang meyangka dia ahli perniagaan, dan sebagainya.. Persoalan macam mana saya nak menguasai semua ni??/ mana boleh saya menguasai semua ni... SAHABAT, aku tak berkata apa yang tak mampu aku lakukan, tapi belajar sekadar tahu dan boleh guna bila diperlukan. Bila belajar, kenalah bersungguh-sungguh.

Sahabat tak pernah dipukul/dibelasah kerana melaksanakan amal maaruf nahi mungkar,
sebab tu sahabat tak merasai kepentingan belajar silat/ ilmu seni mempertahankan diri. Sahabat tak pernah pancit motor ditempat yang jauh dari pertolongan orang, sebab itu sahabat tak belajar macam mana nak tukar tayar motor/kereta sahabat. Kita tahu, pertolongan Allah dengan hasbab musabbab bagi kita hamba biasa. Tapi dalam soal ini kita tak mampu memikirkannya... Jika sahabat nak belajar, datang bertanya... Khusus untuk sahabat yang terlibat degan jemaah sahaja. Jika orang awan, tanya tentang silat. Jawapanku, pergi masuk silat dll. Kerana aku memahami kengkangan masa sahabat sekalian. Sebabtu ingin ku bagi secara khusus bagi siapa yang BERTANYA.. Bertanya itu KUNCI ILMU. Kita sama-sama belajar...


Setiap pergerakan, isyarat tidak dihantar dari/terus ke otak. Sebaliknya isyarat dihantar terus dari saraf tunjang terus kepada anggota badan. Oleh itu, dalam kaedaan darurat,mereka tak menyedari pergerakkan mereka sehingga semua musuh rebah tersungkur. Kembalikan segalanya pada Allah kerana ia berlaku kerana kudrat dan iradat Allah. 1 serangan musuh pada kelajuan 1 meter sesaat,tapi tindakan refleks o.5 meter sesaat. Bermakna o.5 saat untuk tangkisan dan 0.5 saat lagi untuk serangan balas.. Ini lah bonus masa yang Allah bagikan kepada insan pilihan Allah. Malah lebih hebat daritu.. Inilah rahsia silat melayu ASLI wahai sahabat... Semua pergerakan dengan izin Allah dan diberikan Allah atas usaha kita (ini roh silat). Jika kamu berfikir dengan akal, maka tak terfikir lah kamu. Bila sesuatu diletakkan atas dasar agama(deen), maka jangan difikir dengan akal, tetapi difikir dengan hati... Ini yang membezakan silat dengan ilmu seni mempertahankan diri bukan islam.... Silat pelengkapnya zikir, tanpanya maka cacat silat itu. Apa maksudnya??? Rahsia Dunia Persilatan Melayu Asli. "Kekalkan Pusaka Nenek Moyang Kita". Wahai pejuang pejuang agama, andaikata agama diancam dengan kekerasan, jangan terkejut pesilat2 lah akan berada di saf hadapan untuk menyekat kemaraan musuh terhadap mu. Kerana mereka telah melengkapi diri mereka dalam semua aspek.. maka tawakkal mereka juga tinggi..

Khusus untuk Sahabat Muslimin, Belajarlah ilmu seni mempertahankan diri (khususnya Silat-Silat Melayu Asli). Untuk lahirnya seorang Hulubalang Islam, tak cukup dengan doa dan tawakkal, tapi di lengkapi dengan usaha dan pengorbanan. Kerana itu sunatullah, dan hasbab musabbab pertolongan Allah jika musuh menyerang mu. Setiap racun ada penawar, setiap penyakit ada ubatnya dan setiap serangan ada tangkisannya... Hasbab itu sunah Nabi SAW. Ku tak berkata apa yg ku tak buat, terasakan ia memberi manafaat, ku cadangkan kapadamu wahai sahabat..

Yang benar,

Lelaki Dulu vs Lelaki Sekarang

LELAKI

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.

dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,


kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.


dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,

kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,

kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya

dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,

kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,



kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

-wanita damsyiq
(dipetik dari syabab musafir kasih,fatimah syarha mohd. noordin)

Seni Silat Dan Ungkapan “Ajarlah anak-anakmu berenang…”

Soalan:

Saya tergerak hati ingin bertanya berkaitan isu silat yang dikatakan satu seni mempertahan diri bagi bangsa Malayu.
Tidak hiraulah apakah jenis silat, namun adakah ia merupakan satu kewajipan kepada umat Islam mempelajarinya? Namun ada sahabat saya yang berkata di dalam aktiviti silat ini mempunyai unsur-unsur keislaman dengan membaca ayat yang tertentu dari Al Quran. Terdapatnya juga upacara mandi bagi pelajar yang ingin ditingkatkan tahapnya maka digunakan dengan pelbagai bacaan.

Sebagai muslim adakah wajar kita turuti seni ini atau bergantung kepada Allah swt dengan dasar iman. Ada juga hadis yang menyatakan supaya mengajar anak kita supaya pandai menunggang kuda dan bermain pedang maka adakah ini merangkumi aktiviti persilatan. Mohon ustaz perjelaskan hal ini.




Jawapan :
Belajar seni mempertahankan diri tidak salah di dalam Islam. Ia termasuk di dalam usaha memelihara diri dari bahaya. Melengkapkan diri dengan seni mempertahankan diri tidak bermakna kita tidak bergantung dengan ALLAH. Usaha itu disuruh di dalam agama, menafikan usaha seolah-olah menafikan kebijaksanaan ALLAH menciptakan sebab musabah dalam sesuatu hal. Maka belajar seni mempertahankan diri merupakan usaha kita berdepan dengan sebab musabab yang boleh membawa kepada mudharat.
Tidak semestinya seni silat sahaja yang boleh dipelajari untuk mempertahankan diri, begitu juga dengan seni-seni mempertahankan diri yang lain. Yang penting seni mempertahankan diri itu mestilah jauh dari unsur-unsur syirik, khurafat dan bid’ah.
Kalau seni silat sekalipun, tetapi ianya mengandungi perkara-perkara syirik, khurafat dan bid’ah seperti mandi bunga, mandi limau, mandi tawassul dengan kain putih dan seumpamanya, maka sudah tentu kita tidak boleh menyertainya. Carilah seni mempertahankan diri yang lain yang jauh dari unsur-unsur syirik, khurafat bid’ah dan seumpamanya.

Berkenaan ungkapan:
علموا أولادكم السباحة والرماية ومروهم فليثبواعلى ظهور الخيل وثبا
Maksudnya : “Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda.”

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya al-Halal wal Haram fi Islam (الحلال و الحرام في الإسلام) menyebut perkataan ini adalah perkataan Sayyidina ‘Omar ra, ia bukanlah hadith Nabi saw. Perkataan ini termasuk dalam galakan bersukan dan latihan jasmani.

wallahu a’lam.

Perbahasan Para Ulama Tentang Seni Mempertahankan Diri

Ulama sejak dari dahulu telah membahaskan tentang(hukum) mempelajari seni mempertahankan diri. Dalil yang diambil dalam memahami isu ini ialah dari surah al-Anfal ayat 60, “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi.”


Menurut Imam Yusuf al-Qardhawi[2], “belajar seni mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, “Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.”


Tujuan Seni Mempertahankan Diri

Tujuan silat atau seni mempertahankan diri yang lain yang utama adalah untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Tetapi konsep ini seharusnya dilihat dengan lebih luas, kerana silat atau seni mempertahankan diri yang lain, bukan sahaja mengajar cara untuk berhadapan dengan musuh tetapi juga membina kekuatan jasmani pengamalnya. Perkara ini menepati kehendak Islam yang menginginkan penganutnya sentiasa sihat dan kuat. Sepertimana dalam sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim[4], bahawa Nabi saw berkata “seorang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah daripada mukmim yang lemah.”



Dalam hal ini, Imam Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa, “Islam tidak menghendaki tubuh yang rapuh; yang tidak boleh menangung beban ketika sedang dituntut darinya, tidak mampu menghadapi kesengsaraan,serta tidak kuat ketika mendapat tentangan. Islam menolak manusia seperti yang digambarkan oleh seorang penyair arab dahulu:

“terpaan angin-angin sepoi melukai kedua belah pipinya,
dan usapan sutera membuat hujung-hujung jemarinya berdarah.”