BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 23, 2009

Warkah Dari HambaMu Kepadaku..

Sahabat, sesungguhnya aku ini lelaki akhir zaman yang bercita-cita untuk menjadi soleh lagi musleh. Jika kamu melihatku melakukan kesalahan, maka tegurlah aku..

Semoga kata-katamu dan nasihatmu menjadi azimatku untuk terusberjuang..



Monday, June 22, 2009

Selamat Pengantin Baru Buat Sahabat-Sahabat..

Ingin ku kongsikan sebuah karya yang menyentuh jiwaku:


Wahai SUAMI
Renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya?

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita,
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha’ ALLAH s.w.t
kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana

Justeru,
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH?

Wahai ISTERI

renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan
membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf

Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekitar suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t.
kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..

Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya


SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah………..


(sumber:fb f'ée)

Saturday, June 20, 2009

Terimalah Sentuhan Kasih dari Rabbmu..

Kasih Ilahi..

HambaKu menyombongkan diri terhadapKu
dengan pelbagai kemegahan,

padahal Akulah yang melindungi mereka

ditempat tidur mereka,

Aku yang menciptakan..

namun yang disembah adalah selainKu.

Aku yang memberi rezeki

namun selainKu yang disyukuri.


KebaikkanKu sentiasa turun
kepada para hamba,

tetapi kejahatan merekalah yang
naik kepadaKu.

Aku mencintai mereka dengan
memberikan
mereka nikmat-nikmatKu,
sedangkan Aku tidak memerlukan mereka...


Mereka memancing kemurkaanKu

dengan pelbagai kemaksiatan,

padalah mereka adalah yang
paling perlu kepadaKu..

Sesiapa yang datang kepadaKU

maka ia akan Kujemput darikejauhan,

Sesiapa yang berpaling dariKu,

Aku akan memanggilnya dari kejauhan...


sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku,

akan Kuberikan kepadanya lebih dari cukup.

sesiapa yang mengiginkan keredaanKu,

Aku pun mengiginkan apa yang diinginkannya.

Sesiapa yang bertindak dengan bergantung
pada daya
dan kekuatanKu,
maka akan Kulunakkan besi baginya,

Dan sesiapa yang lebih mementingkan
Aku dari selainKu,

Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain.


Orang yang mengerjakan maksiat,

tidak akan Kubuat mereka berputus
asa dari rahmatKu,
jika mereka bertaubat kepadaKu,
maka Aku akan menjadi kekasih mereka,

sebab Aku mencintai orang-orang yang bertaubat
dan mencucikan diri.


Kalau mereka tidak bertaubat kepadaKu,

maka Aku akan bertindak sebagai Doktor mereka,

akan Kuberikan cobaan kepada
mereka
dengan berbagai musibah
untuk membersihkan
mereka dari berbagai aib...


Satu kebaikkan di sisiKu adalah
senilai
sepuluh kali ganda yang sepertinya,

hingga tujuh ratus kali ganda,

hingga ke gandaan yang banyak sekali...

Sedangkan kejahatan di sisiKu
adalah bernilai satu..
Maka jika ia telah menyesal dan
memohon ampun,

maka Aku pun mengampungninya.

Aku mensyukuri amal kebajikan yang sedikit

dan mengampuni banyak kesalahan.


kasih sayangKu mendahului murkaKu..

Sifat penyantunKu mendahului
keputusanKu menjatuhkan hukuman.
Pemberian maafKu lebih mendahului siksaanKu.
Aku lebih pengasih kepada hamba-hambaKu
daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya..


Ya Allah.. aku memohon keampunan dariMu...
memohon ampun daripada dosa-dosa
yang telah aku lakukan samaada dalam sedar atau
tidak sedar...

Ya Allah... aku telah menganiaya diriku sendiri...
malah lebih mementingkan hawa nafsu daripadaMu...

aku lalai ya Allah... aku lupa untuk mengigatiMu
walau untuk seketika...
aku lebih banyak bergelak ketawa bersama teman-teman...

malah jarang sekali untuk aku mengigati mati....
sedangkan aku tahu bahawa mati itu
akan mendekatkan diriku padaMu....




Ya Allah...


Ya Allah... jika aku jatuh cinta,
cintakan aku pada seseorang yang
melabuh cintanya padaMu, agar bertambah
kekuatanku untuk menyintaiMu....

Ya Muhaimin.... jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak
terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati... jika aku rindu,
rindukan aku pada seseorang yang merindui
syahid dijalanMu...

Ya Allah... Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
jangan kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu....


YaAllah.. jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU...

YaAllah... jika aku jatuh hati pada pilihanku,
temukan dan jodohkanlah aku dengan
salah seorang yang menjadi kekasihMu....

Ya Allah... jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampau batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya padaMu...

Amin..

Wednesday, June 17, 2009

Kadang-kadang Diserang/Dipukul Yang Kita Belajar Itu lebih Laju Daripada Yang Betul-betul Kat Luar Sana. Betulkah??

Kepada sahabat yang pernah sertai pertandingan atau persembahan seni waja diri. Kadang-kadang tumbukan dan serangan kawan kita dalam latihan itu jauh lebih laju dan berisi berbanding orang luar yang nak pukul kita dalam kaedaan sebenar. Tak percaya, tegoklah video-video kes-pukul dan gaduh dalam internet tu. Ana buat analisis semua itu, kerana ia situasi sebenar. Walaupun pergerakkan itu dirancang, tetapi orang yang melihatnya tak dapat memikirkan pergerakkan kita. Ini belum lagi situasi sebenar dimana kita sendiri tak mengetahui pergerakkan kita. Sewaktu tingkatan 5, ana pernah mewakili sekolah dalam tempur tampa senjata dalam pertandingan Silat-silat Seni Peringkat Negeri. Memang kami buat laju sehingga orang yang melihat tertarik. Salah seorang je wat silap atau tiba2 hang dalam pergerakkan, maka kedua-dua akan cedera. Ini kerana, walaupun pergerakan ini dirancang, tetapi pukulannya adalah betul-betul. Lebih-lebih apabila kita tempur menggunakan senjata.
Cuba tengok video di bawah.


Tektik dan Teknik Dalam Silat Gayung, Suatu Pegenalan.

Berikut adalan sedikit gambaran sebenar sistem pengajian bagi silat gayung. Sebab tu tak semua muslimin minat silat ni. Faktor pertama adalah kasar. Kenapa dipanggil silat seni. Kita akan belajar silat dulu baru seni. Dalam silat memang letih, sakit, nak muntah, nak pitam dan macam2. tapi bila dah belajar seni, kurang sikit. Dalam seni banyak pergerakkan kita dipermudahkan dan tak memerlukan tenaga sepenuhnya. Ana terfikir, Antum rasa berani tak musuh nak menyerang mereka. Bagi ana, ana tak bimbang kalau orang macam ni memantau pergerakan gengster india di taman universiti walaupun pada mereka ada senjata. Cuba perhatikan seningga habis.

Antara Tanggungjawab Dan Risiko Jenayah Dalam Kerjaya Ku..

Bidangku secara tak lansung terlibat dengan proses pembinaan bermula dari niat untuk wujudkan tender sehingga penyerahan projek siap kepada pemilik. Selain daripada risiko terhadap kecuian teknikal, kadang-kadang kita tak menduga risiko kes-kes jenayah seperti kes samun dan rompak. Bila mereka bergelar pentakbir atau pengurus di tapak bina, maka tidak boleh lari banyak benda-benda bernilai bersamanya. Apa yang nak ana kongsikan dibawah, adakan ingin ia berulang keatas anda. Ini sebagai contoh situasi ini. Anda boleh gambarkan dalam situasi lain. Perhatian!! Abaikan bahasanya.. Ambil pegajarannya..



Persoalan yang ingin ku lontarkan...
Adakah anda rasa selamat???
Jenayah dimana-mana, Siapa yang akan membantu anda jika tiba-tiba ia berlaku pada anda???
Adakah Polis? Kawan-kawan? Pensyarah? atau siapa?


Atau anda dalam kaedaan macam ini?



Bukan sahaja dalam kerjaya, jenayah boleh berlaku dimana-mana, sama ada waktu anda pergi membeli belah, keluarkan duit, jumpa kawan, bawa keluarga jalan-jalan dan lain-lain. Jika Allah nak uji sekejap je ia berlaku. Maka persiapkanlah kita dalam semua kaedaan.. Terutamanya petugas-petugas agama Allah. InsyaAllah, jika kita membantu Agama Allah, Allah akan bantu kita.

Tuesday, June 16, 2009

AWAS..Taman Universiti Kawasan Kumpulan Gengster India!!!


Buat tatapan dan perhatian sahabat UTM Skudai, untuk pengetahuan kalian kawasan Taman Universiti adalah tempat yang tidak selamat untuk dikunjungi selepas magrib, (iaitu tatkala senja berlabuh). Nasihatku, anadaikata tidak ada keperluan daruriat, maka (lebih baik di) tangguhkan dahulu hajat kalian sehingga keesokkan hari.

Pada senja begini, ada segerombolan lelaki2 india keluar berkeliaran disekitar taman university dan taman-taman berhampirannya. Berdasarkan maklumat yang aku perolehi, InsyaAllah sumber yang boleh dipercayai, mereka ini terdiri daripada ahli-ahli kumpulan samseng (kumpulan gangster). Mereka juga dikatakan memiliki senjata seperti pisau dan parang panjang.


Ingin aku hebohkan,kini taman university dibawah pemantauan beberapa kumpulan silat. Apa yang aku kongsikan disini adalah sebahagian daripada pesan guru persilatanku. Tak semua aku boleh bagitahu mu sahabat.. Hanya setakat diatas je.

Amanat Guru

Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu,

Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti harimau hilang kuku.

Jangan ditepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu,

Jangan pecah mentera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.

Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas,
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.


Sejak akhir-akhir ini heboh berita tentang kes-kes jenayah di sekitar Taman Universiti ni. Bagi mereka yang merasakan dirinya akan mudarat bila musuh meyerang. Maka nasihatku, elak mudarat. Dan jangan cari mudarat. Igat, jika kamu berhadapan dengan madu' yang jahil lagi fasiq. Kamu masih boleh berdakwah cara lemah lembut atau keras tapi berhikmah. Tetapi igat, jika kamu berhadapan dengan manusia berperagai dajjai. Kaedah ini tak sesuai, kaedah Saidina Umar sesuai. Maka persiapkanlan dirimu wahai sahabat. Amalkan dan istiqomah terhadap amalan-amalan khusus seperti zikir-zikir, al mathurat dan lain-lain. Agar dijauhkan bahaya dan mudarat. Kamu tak pernah diuji, sebab tu kamu tak merasai kepentingan ilmu seni mempertahankan diri. Jika kamu nak mempertahankan dirimu sahaja, maka tak perlulah belajar silat. Tetapi jika kamu berhajat ingin mempertahankan orang lain, wanita, orang tua, kanak-kanak, agama dan bangsa bilamana di ancam. Maka, wajib kamu belajar. Pertolongan Allah dengan hasbab bagi kita hamba biasa. Ni kata-kata guruku. Sampai sekarang aku belum yakin dapat mempertahankan diri jika musuh menyerangku. Sebab itu sampai sekarang aku masih terus belajar dalam ilmu ini.

Sebenarnya silat mengajar kita jangan takutkan makhluk, tapi takutkan Allah. Apa-apa yang dipegang musuh seperti pisau dan parang tak mampu di buat apa-apa tampa izin Allah. Silat mengajar kita jangan takut pada pisau, parang atau senjata lain yang dipegang musuh. Bila kebesaran Allah mengatasi segalanya, maka kita tak akan gentar dengan gertakan musuh. Hasilnya, kita tidak mudah penik bila kaedaan darurat. Itu yang aku cuba belajar. Subhanallah, hebatnya Allah.. Apa yang ku cerita ni hanya teori, dalam silat kurang 20% teori dan selebihnya prektikal. Itu yang aku tidak cerita dalam blog ini. Blog ini sebagai pendorong kepada muslimin khususnya untuk mengetahui&mempelajari ilmu seni bela diri. Tanyalah muslimat mana yang nak musliminnya seorang pengecut dan tidak boleh melindungi. Bila melihat parang, sang muslimin pitam dulu. Bagi muslimat yang sudah mempuyai calon, mintaklah sang lelaki bakal penemangmu belajar silat. Jika dia tak minat, paksa dia belajar*. Sutuasi dunia sekarang memerlukan setiap orang kena belajar. Sekarang ni, jarang dah kita dengar kes gaduh, pukul, ragut dan lain-lain. Mangsa ditinggal dalam kaedaan cedera ringan. Pasti ditinggal ditinggal dalam kaedaan cedera teruk, koma dan malangnya meninggal. Dunia akhir zaman, Allahhu'akbar.. Kes-kes & kisah-kisah yang aku terbaca dan diberitahu. Amat kesian.. Muhasabah diri masing-masing. Sekian..

Wednesday, June 10, 2009

Persiapanku Menghadapi Tahghut

..dan bersiaplah kamu dari segala kekuatan (QS. Al-Anfal: 60-61)

“put the first thing first”.., begitulah satu ungkapan yang saya lupa siapa yang mengatakannya yang membicarakan tentang keutamaan untuk menentukan sesuatu keputusan. Ini dapat dijelaskan lagi dengan penjelasan Fiqh Awlawiyat ( Yusof Al-Qardhawi) yang perlu dikuasai oleh setiap para daie dan pejuang.

Saya merumuskan dua persiapan utama perlu di janakan pada setiap individu seterusnya kepada organisasi. Pertamanya adalah yang berkaitan dengan kekuatan spiritual dan keduanya kekuatan material.

Kekuatan spiritual menuntut kita agar mempertajamkan lagi kepelbagaian skil-skil keilmuan(spt yg ku jelaskan sblm ni) , skil-skil keimanan dan skil-skil kerohanian. Untuk mengungkapnya dalam bahasa yang halus, terpulanglah kepada anda untuk menentukan istilahnya samaada ianya berbentuk tauhid, usuludin, tasauf, tazkiyatunnafs dan banyak lagi. Tapi lebih suka untuk menggunakan bahasa atau istilah moden dengan apa yang kita kenali dengan ESQ ( emotion,spiritual quotion). Mengenali makna diri dalam konteks mencari kebenaran hidup bertuhan. Ku pernah hadiri ESQ tahap 1, mungking anda boleh cuba.

Keduanya ialah kekuatan material. Penting pada individu juga penting bagi jemaah/organisasi. Mantapkan keduanya. Bangunkan bidang kerjaya antum untuk menampung kehidupan sendiri dan juga berkeluarga. Jangan sampai menjadi fitnah dan penghalang kepada keterlibatan dengan medan dakwah. Juga jangan sampai menggarap kerjaya sehingga bidang dakwah dilupakan. Mungkin kita perlukan masa untuk mempelajari fasa hidup diperingkat penyesuian diantara keluarga, kerjaya dan dakwah.

Jadilah jundullah yang mantap yang dapat menyumbang untuk kebangkitan Islam. Sumbangkan pemikiran, kesihatan, kegembiraan dan kekuatan kita untuk dakwah dan jihad.

Doa Qunut Nazilah



اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab
Kalahkan mereka kalahkan mereka
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.


Bebaskan Palestin!


Tuesday, June 9, 2009

Layakkah Aku Digelar 'MUJAHID'

Perjuangan Islam sama sekali tidak akan luntur di atas muka bumi Allah s.w.t ini kerana setiap masa dan waktu akan sentiasa ada mata-mata rantai yang akan di lahirkan bagi menyambung perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.Hal ini bertepatan dan menjadi satu kenyataan yang tidak dapat di nafikan dengan apa yang telah disebutkan oleh Baginda s.a.w beribu tahun yang lalu melalui sirah Baginda SAW.Antaranya ialah, bahawa tidak akan diutuskan seorang Rasul melainkan pasti akan ada diantara manusia ini yang akan dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi penolong dan pembantu mereka.

Generasi para sahabat adalah satu generasi terpilih yang telah diangkat kemuliaan mereka itu dengan menjadi penolong dan pembantu Rasulullah SAW dalam jihad dan perjuangan mereka. Mereka telah meredah dan merintis jalan Dakwah Islam yang penuh dengan cabaran dan onak duri serta menepuh segala mehnah dan tribulasi demi menjulang kemuliaan Islam serta memenangkan dan menjulang kalimah Tauhid di atas muka bumi. Mereka telah membuktikan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul dengan menabur sejuta pengorbanan yang tiada nilainya. Merekalah generasi yang patah takkan tumbuh, hilang takkan berganti.

Antara contoh teladan sahabat-sahabat yang telah membuktikan kesungguhan mereka dalam memperjuangkan agama Islam ini ialah Saidina Abu Bakar as-Sidiqq,Umar al-Khattab,Ali bin Abu Talib dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain.Mereka boleh di jadikan sebagai qudwah untuk para Mujahid dalam menabur sejuta tenaga dan beribu pengorbanan dalam menegakkan kegemilangan Islam di muka bumi ini.Jika kita melihat Sirah Baginda s.a.w bersama para Sahabat Baginda dalam memperjuangkan agama Allah ini kita akan mendapati bahawa mereka merupakan satu golongan umat yang telah banyak menabur bakti dan telah banyak berkorban jiwa,harta,orang yang tersayang dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan kemenangan Islam bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Merenung dan melihat serta mendalami keadaan remaja-remaja Islam di era perubahan generasi ini,kita dapat melihat dua perbezaan yang sangat ketara di kalangan mereka ini iaitu remaja yang mempunyai semangat untuk memperjuangan agama dan juga remaja yang bersemangat tanpa segan silu dan rasa bersalah dalam menjatuhkan agama Islam yang syumul ini.Dalam konteks mahasiswa dan mahasiswi kampus, saya melihat satu gelaran yang hangat di guna pakai oleh mereka yang bergelar aktivis kampus ialah mengelar diri mereka sebagai MUJAHID-MUJAHID yang berjuang di kampus atau dengan kata lainnya mengakui bahawa mereka merupakan golongan remaja yang berjihad di kampus dalam memartabatkan kegemilangan ISLAM di bumi kampus masing-masing.

Tapi sebelum itu satu persoalan yang ingin saya timbulkan kepada PARA MUJAHID KAMPUS,apakah kita benar-benar telah meletakkan diri kita atau memainkan peranan yang sebenarnya dalam posisi kita yang bergelar MUJAHID ini?Sebagai renungan dan muhasabah bersama,adakah kita yang bergelar MUJAHID ini telah menepati ciri-ciri yang sebenar bagi melayakkan kita untuk bergelar MUJAHID?

MUHASABAH BAGI PARA MUJHID KAMPUS:

1.Adakah kita benar-benar meletakkan MATLAMAT perjuangan JIHAD kita adalah semata-mata kerana Allah s.w.t dan sejauh mana KEKUATAN AKIDAH kita pada Allah s.w.t?

Kemantapan akidah memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan tugas jihad. Sehubungan dengan ini Allah s.w.t amat mengetahui sejauhmana keyakinan dan keimanan hambaNya.Ketahanan para sahabat menghadapi pelbagai ujian telah melahirkan satu generasi yang bersedia menerima apa sahaja perintah untuk di laksanakan,sedia berkorban di jalan Allah sama ada menang atau syahid dan bersedia untuk mengisi kemenangan tersebut dengan perintah Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya para sahabat yang berjihad mempunyai niat yang ikhlas menetapi AKIDAHNYA.Niat jihad mereka mestilah kerana Allah,berjihad bagi menegakkan kalimah Allah bukan kerana dunia seperti menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

2.Adakah PENGORBANAN yang telah kita lakukan telah cukup dan membantu dalam perjuangan menegakkan kalimah Tauhid di bumi kampus ini?

kamu beriman pada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itukah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya”.(ash-Shaff:11)

Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat Baginda merupakan contoh teladan yang sangat sesuai untuk kita melihat pengorbanan jihad mereka.Mereka bukan sahaja sanggup berjihad harta tapi mereka juga sanggup menggadaikan jiwa mereka ingin kemengan ISLAM.
Di zaman Rasulullah s.a.w,kaum Muhajirin dan juga Ansar telah membuktikan bahawa perjuangan mereka adalah semata-mata bermatlamatkan untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t sehinggakan kaum Muhajirin sangup berkorban meninggalkan kampung halaman tercinta untuk berhijrah ke Madinah kerana mematuhi perintah daripada Allah s.w.t.Begitu juga dengan kaum Ansar mereka tidak rasa sayang sedikit pun untuk berkongsi harta mereka dengan kaum Muhajirin sehinggakan isteri mereka sendiri pun ingin di beri pada kaum Muhajirin.Banyak lagi sirah yang kita boleh lihat tentang betapa jelasnya matlamat para MUJAHID di zaman Rasulullah s.a.w.
Banyak sekali di dalam peperangan,TENTERA-TENTERA MUHAMMAD ini mengotakan janji mereka untuk berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.Ramai sekali di kalangan mereka berjaya menempahkan diri ke SYURGA dengan tiket SYAHIDnya mereka di dalam peperangan.

3.KEYAKINAN pada Allah s.w.t merupakan satu sifat yang tidak boleh lari dari seseorang yang mengelar diri mereka sebagai MUJAHID.Mereka tidak rasa berat dan kecewa di atas musibah yang menimpa diri mereka dalam menempuh ranjau perjuangan mereka.Mereka merasakan bahawa Allah s.w.t sentiasa hampir dengan mereka.Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKUaa0 dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran“.(al-Baqarah:186)

4.Untuk mengelar ini sebagai seorang MUJAHID,kita hendaklah menilai sejauh mana hubungan kita dengan Allah s.w.t atau dengan kata lain TARBIYAH RUHIYYAH kita terhadap Allah s.w.t.Adakah kita menjadikan diri sebagai SINGA yang berjuang di siang hari dan seorang RAHIB di malam harinya yang tidak pernah putus dalam mempertingkatkan amal ibadah pada Allah s.w.t serta mengukuhkan keimanan dan ketakwaan pada ILAHI.

5.Akhir sekali,sebagai muhasabah untuk diri ini dan juga sahabat-sahabat sekalian,adakah kita yang bergelar MUJAHID ini berusaha untuk mencapai apa yang dilaksanakan oleh Syahid Al-Hassan Al-Banna’ iaitu:

1) Berusaha untuk mencapai KEFAHAMAN MENDALAM sebagai seorang hamba dan MUJAHID.

2) Berusaha untuk meningkatkan amal ibadah untuk mencapai KEIMANAN YANG MENDALAM pada Allah s.w.t

3) Berusaha untuk menghayati erti KASIH SAYANG YANG MENDALAM sesama
MUJAHID dalam memperjuangkan agama ISLAM yang syumul ini.

Akhir kalam dari penulis,saya berharap agar PARA MUJAHID KAMPUS sentiasa berusaha dalam memperbaiki diri dan hubungan dengan Allah s.w.t agar perjuangan yang kita lakukan ini sentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t dan tergelincir dari dasar TARBIYAH ISLAMIYYAH yang sebenar..

“SELAMAT BERJUANG BUAT SAHABAT-SAHABATKU YANG TERCINTA”

Sunday, June 7, 2009

Laksanakan Tanggungjawab, Maka Mudarat. Elak Mudarat, Tak Laksana Tanggungjawab, Mungkar Berleluasa. Mana Pilihan Ku? Siri 1

Suatu hari datang seorang sahabat memberitahuku, seorang sahabat nak kena pukul oleh seorang hamba Allah. Aku bertanya padanya, kerana apa budak tu nak pukulnya, apa salahnya?. Sahabat menjawab kerana laksanakan amar maaruf nahi mungkar.. Puncanya, sahabat ini menegur sepasang couple yang sedang asyik di buai nafsu. Atas kerana itu, sang rijal naik berang keluar tanduk memgugut sahabat tadi bahawa dia akan cari. Dia memberitahu akan belasah sahabat ini suatu masa. Membuatkan sahabat ini gelisah.

Bila mendegar berita ini, teringat sejarah hitamku di sekolah dulu bila hampir cetuskan pergaduhan pelajar yang paling besar dalam sejarah sekolahku. Permulaan cerita sama dengan sahabatku ini. Kalau dia tegur budak tu atas tanggungjawab sebagai ketua badan kerohanian kolej, aku waktu tu sebagai ketua pengawas sekolah. Sebelum ku kongsi kisahku, ku ingin sambung kisah sahabatku ini. Ku jumpa sahabatku ini, bincang dan bagi pandangan padanya. Pergaduhan bukan jalan yang paling berhikmah. Sememangnya sahabatku ini sentiasa mencari jalan rundingan dan pendamaian. Ku pernah berkata pada sahabat ini, jika rundingan ditolak, kerana sifat egonya, serahlah masalah itu pada ana. Ana sendiri berunding dengannya sekurang-kurangnya ana bersedia atas tindakan luar jangkanya. Selang beberapa hari, sahabat ini memberitahuku masalah sudah selesai. Kawan itu dah minta maaf dengannya. Alhamdulillah, tersentak hatiku berkata "inilah gengster paling baik yang pernah aku jumpa". Mulai hari tu tanggapanku muda dah berubah. Kalau sebelum ni aku terfobia dengan sejarah lepas. Mungking situasiku waktu tu berbeza, di sini universiti dan dulu adalah sekolah. Untuk sahabat, dalam kempus adalah zon yang paling selamat. Bila sahabat sudah keluar dari alam kempus, disini medan sebenar perjuangan. Jika sebelum ini sahabat dilatih berhadapan dengan mad'u yang cerdik pandai, golongan sederhana dalam pemikiran, kadang-kadang golongan fasiq. Bila berada di luar, sahabat kena bersedia berhadapan dengan golongan-golongan manusia berperangai dajjal dan tidak berkeperimanusiaan. Setiap kejadia berakhir dengan koma' atau kematian. Maka persiapkanlah dirimu..

Bersambung ke siri 2

Tuesday, June 2, 2009

Gara-Gara Sikap Suka Menangguh Untuk Solat, Allah Beriku Perigatan.

Suatu hari, dalam aku menunggang motor dalam waktu yang hampir senja. Melalui sebuah masjid, azan kedegaran.. Sahabat bertanya, kita nak solat dulu ke?, jawapanku dah dekat dengan rumah, kita balik dulu tukar pakaian. Aku terus berlalu pergi.. Memandangkan Azam magrib sudah berkumandang, aku memecut motorku dan dibonceng seorang sahabat dibelakang.(EX5 Class 1- 110cc). Tengah memecut alangkah terkejutnya ada sebuah kereta melintang jalan kerana mungking nak betulkan posisi kereta dalam parkingnya.

Jarak yang lebih kurang +/-5 or 6 meter pada kelajuanku +/-80KM/jam aku brake megejut.. Allah tarbiyyah ku waktu ni..Alhamdulillah kurang dalam satu saat, Allah telah mengilhamkan pilihan untuk jatuh& rempuh pada posisi yang mana dimana aku dan sahabatku dibelakang paling kurang cedera. Dirasakan lama ku berfikir walau waktu yg sangat singkat masa itu. Allah maka kuasa menjaga masa itu. Jika ku nyatakan balik apa yg ku fikirkan masa tu memang mustahil.

Pertamanya posisi mana aku mahu rempuh kereta tu, samada bahagian depan tengah atau belakang krn x nak mudaratkan org dlm kereta itu.kedua, sudut rempuhan motorku. Jika 90o maka memberi kerosakan yg besar pd motor dan keretanya. Pilihanku mcm mana nak pastikan sudut rempuhan kurang 90o agar motorku blh terpelanting kearah lain. Dan macam2 ku fikir waktu tu...

Keputusanku "terbalikkan motor!!!", Alhamdulillah, keputusan yang paling tepat, dimana kedua tayar motorku menghempak bahagian bawah kereta. Secara teorinya, bila bahagian tayar depan dan belakang akan bertindak menyerap hentaman yang kuat. Lalu terpelanting jauh dari tempat kejadian. Izin Allah motorku meluncur dulu diikuti oleh ku dan sahabat dari belakang. Waktu ku menggelongsor atas jalan, ku tumpukan seluruh berat badan ke kaki. Kebetulan aku memakai but tentera yg biasa ku guna utk kawad. Tanganku tak menyentuh jalan. Alhamdulillah aku tak cedera akibat gelongsor atas jalan tersebut.. Bila badanku menghampiri pintu kereta, Allah gerakkan badanku pada posisi mengirim dan tangan kananku pada kedudukan tangkisan ASAS pertama dalam Silat Gayung. Aku gengam sekuat2nya lalu menghempak pintu kereta. Kepalaku terhantuk pada cermin pintu berkecai cermin pintu. Alhamdulillah pakai helmet SGV. Kalau helmet Apollo.. Subhanallah... Bayangkan pintu kereta menjadi V kerana terhempak badanku.

Selepas tu hentaman yang kuat pada pintu kereta, aku sempat berjalan beberapa langkah. Alhamdulillah tak pitam cuma aku terduduk. Dalam kaedaan ketika tu aku terfikir mcam mana sahabatku. Alhamdulillah, di lebih cepat & tangkas dariku. Sebelum badannya menghempak kereta, dia sempat melompat dengan pergerakan lompatan harimau. Dia jatuh sebelah sana kerata. Macam mana dia lompat dan jatuh, dia pun tak tahu. Alhamdulillah, dalam kaedaan aku pening2 lalat& sedikit luka kerana terkena cermin kereta. Sahabat bersamaku datang membimbingku. Allah selamatkannya, dia lansung tak cedera. Bila ku periksa badannya memang tak cedera, tak da kesan terhantuk dll. Alhamdulillah, Allah maha berkuasa. Dalam kaedaan yang agak kelam kabut, berhadapan dengan surau plak tu, entah sempat habis ke tak mereka tengah solat datang membantuku.

Aku dan sahabat mencari motor yang terpelanting td. Alangkah terkejutnya, motorku terpelantikg kesebuah rumah banglo, melepasi parking keretanya dan melepasi "pagar musang"/ pada bukaan 1 meter dan melepasi dua anak tangga rumah. Dikatakan motorku telah menghentam pintu utama rumah tersebut. Mengejutkan penghuni didalamnya. Alhamdulillah pintunya kayu kelas A tak pecah, macam pintu masjid. Kalu pintu rumahku, mahu tercabut.Bila isteri tuan rumah buka pintu, meraung terkejut melihat motorku pada kaedaan tayar belakang di atas dan tayar depan dibawah tersandar kat pintu. Walaupun kaedaan macam tu motorku tak rosak teruk, ada pecah.

Bila balik, ku berfikir kembali. Subhanallah, dalam masa yang singkat pelbagai perkara telah ku buat. Ini suatu perigatan Allah kepada ku agar menyegerakan solat. Dalam Allah memberiku perigatan, di tarbiyyah dan diselamatkanku. Sangat memberi perigatan kepadaku, kejadian berlaku berhadapan dengan surau. Teringat kata-kata guruku, sesuatu perkara yang mustahil bagi makhluk adalah tidak mustahil bagi Allah.... Kepada sahabat, jauhi sifat yang suka menangguh pada kebaikkan lebih-lebih pada kewajipan kita sebagai hamba.

Apa yang dapat disimpulkan disini, selain perigatan Allah kepadaku, Allah selamatkan kami dengan pergerakan-pergerakan dalam silat. Kenapa silat keluar?? Kerana kami belajar dan berusaha, bila, dimana ia terkeluar, itu semua hak Allah berlaku atas khudrat dan iradat-Nya. Ku perhatikan sahabat, bila terbalik motor pada kelajuan +/-20km/jam sudah mengalami kecederaan teruk. Dalam hatiku, aku terfikir. Pertolongan Allah itu beserta dengan hasbab, adakah sahabatku ini tak ambil hasbab pertolongan Allah?? Untuk menjaga hati sahabat, aku mampu berkata. Sabar ini ujian dari Allah.. Untuk akan datang Ambillah hasbab itu, kerana kita hamba biasa. Igat, bila dipukul, maka terpukullah dia. Tapi setiap pukulan ada tangkisannya, bila ditangkis maka tak terkenalah pukulan itu. Kerana ia fitrahtullah. Setiap racun ada penawar dan lain-lain. Antara kamu ambil atau tak ambil je. Kedua-duanya adalah ketetapan-Nya. Jangan samakan dengan wali-wali Allah. Pertolongan Allah tanpa habbab.. Untuk menjaga hati umatnya, Nabi SAW pernah bersabda "Hasbab itu sunnahku".

Wallahua'lam..