BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 16, 2009

AWAS..Taman Universiti Kawasan Kumpulan Gengster India!!!


Buat tatapan dan perhatian sahabat UTM Skudai, untuk pengetahuan kalian kawasan Taman Universiti adalah tempat yang tidak selamat untuk dikunjungi selepas magrib, (iaitu tatkala senja berlabuh). Nasihatku, anadaikata tidak ada keperluan daruriat, maka (lebih baik di) tangguhkan dahulu hajat kalian sehingga keesokkan hari.

Pada senja begini, ada segerombolan lelaki2 india keluar berkeliaran disekitar taman university dan taman-taman berhampirannya. Berdasarkan maklumat yang aku perolehi, InsyaAllah sumber yang boleh dipercayai, mereka ini terdiri daripada ahli-ahli kumpulan samseng (kumpulan gangster). Mereka juga dikatakan memiliki senjata seperti pisau dan parang panjang.


Ingin aku hebohkan,kini taman university dibawah pemantauan beberapa kumpulan silat. Apa yang aku kongsikan disini adalah sebahagian daripada pesan guru persilatanku. Tak semua aku boleh bagitahu mu sahabat.. Hanya setakat diatas je.

Amanat Guru

Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu,

Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti harimau hilang kuku.

Jangan ditepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu,

Jangan pecah mentera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.

Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas,
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.


Sejak akhir-akhir ini heboh berita tentang kes-kes jenayah di sekitar Taman Universiti ni. Bagi mereka yang merasakan dirinya akan mudarat bila musuh meyerang. Maka nasihatku, elak mudarat. Dan jangan cari mudarat. Igat, jika kamu berhadapan dengan madu' yang jahil lagi fasiq. Kamu masih boleh berdakwah cara lemah lembut atau keras tapi berhikmah. Tetapi igat, jika kamu berhadapan dengan manusia berperagai dajjai. Kaedah ini tak sesuai, kaedah Saidina Umar sesuai. Maka persiapkanlan dirimu wahai sahabat. Amalkan dan istiqomah terhadap amalan-amalan khusus seperti zikir-zikir, al mathurat dan lain-lain. Agar dijauhkan bahaya dan mudarat. Kamu tak pernah diuji, sebab tu kamu tak merasai kepentingan ilmu seni mempertahankan diri. Jika kamu nak mempertahankan dirimu sahaja, maka tak perlulah belajar silat. Tetapi jika kamu berhajat ingin mempertahankan orang lain, wanita, orang tua, kanak-kanak, agama dan bangsa bilamana di ancam. Maka, wajib kamu belajar. Pertolongan Allah dengan hasbab bagi kita hamba biasa. Ni kata-kata guruku. Sampai sekarang aku belum yakin dapat mempertahankan diri jika musuh menyerangku. Sebab itu sampai sekarang aku masih terus belajar dalam ilmu ini.

Sebenarnya silat mengajar kita jangan takutkan makhluk, tapi takutkan Allah. Apa-apa yang dipegang musuh seperti pisau dan parang tak mampu di buat apa-apa tampa izin Allah. Silat mengajar kita jangan takut pada pisau, parang atau senjata lain yang dipegang musuh. Bila kebesaran Allah mengatasi segalanya, maka kita tak akan gentar dengan gertakan musuh. Hasilnya, kita tidak mudah penik bila kaedaan darurat. Itu yang aku cuba belajar. Subhanallah, hebatnya Allah.. Apa yang ku cerita ni hanya teori, dalam silat kurang 20% teori dan selebihnya prektikal. Itu yang aku tidak cerita dalam blog ini. Blog ini sebagai pendorong kepada muslimin khususnya untuk mengetahui&mempelajari ilmu seni bela diri. Tanyalah muslimat mana yang nak musliminnya seorang pengecut dan tidak boleh melindungi. Bila melihat parang, sang muslimin pitam dulu. Bagi muslimat yang sudah mempuyai calon, mintaklah sang lelaki bakal penemangmu belajar silat. Jika dia tak minat, paksa dia belajar*. Sutuasi dunia sekarang memerlukan setiap orang kena belajar. Sekarang ni, jarang dah kita dengar kes gaduh, pukul, ragut dan lain-lain. Mangsa ditinggal dalam kaedaan cedera ringan. Pasti ditinggal ditinggal dalam kaedaan cedera teruk, koma dan malangnya meninggal. Dunia akhir zaman, Allahhu'akbar.. Kes-kes & kisah-kisah yang aku terbaca dan diberitahu. Amat kesian.. Muhasabah diri masing-masing. Sekian..

2 comments:

Puteri Solehah Ayahbonda said...

Assalamualaikum..

"Mintaklah sang lelaki bakal penemangmu belajar silat. Jika dia tidak minat, paksa dia belajar"..

Mungkin kah ada cara yg lebih baik untuk dicadangkan selain drp memaksa "bakal penemang" belajar silat??hmm, sama2 kita fikirkan..

Mohamad Hafsan Bin Hussin said...

"Bagi muslimat yang sudah mempuyai calon, mintaklah sang lelaki bakal penemangmu belajar silat. Jika dia tak minat, paksa dia belajar*."

Kenapa ana berkata demikian, merasakan terlalu penting bagi setiap muslimin sebagai pelengkap. Sebenarnya benda ni tak perlu paksa. Saja je gertak. Pujuk itu lebih baik. Dia tak nak, tak payah paksa. Benda ni tak semua minat. Kalau ada orang gangu dia, kebetulan kami ada. InsyaAllah kami akan tolong. Itu ikrar kami dengan guru.
Tapi jangan anggap silat adalah satu jemaah, tetapi ahli2 silat adalah dikalangan harakah islamiah.
Sewaktu satu program tarbiyyah, ana pernah berkata pada dihadapan pimpinan harakah pelajar. "Andaikata sepasukan musuh sedang mara dari hadapan menuju kearah kamu, waktu tu kamu tengah buat program(maknanya ada muslimin dan muslimat). Andaikan amir(ketua) berkata "hai muslimin, semua jadi benteng" terus terang ana katakan ini pemimpin yang alim tapi tak bijaksana.. Kenapa di tak meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya(Tak adil). Dalam situasi ini, pemimpin yang alim dan bijaksana adalah bilamana dia mengasingkan 2 kumpulan muslimin. satu kumpulan bawa kumpulan muslimat tempat yg selamat, dan satu kumpulan bertahan. Siapa yang perlu bertanan tu perlu dipilih. pilih yang lemah semangat atau yang macam mana. Ini contoh situasi.

Kesimpulannya tak perlu dipaksa. Atas kesedaran masing2. (n_n)