BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 26, 2009

Kenapa Sekarang Baru Ku Sedar Akan Diri Ini. Astarfullah..

YaAllah...
aku memohon keampunan daripadaMu...
memohon ampun daripada dosa-dosa yang telah
aku lakukan samaada dalam sedar ataupun tidak...
aku telah menganiaya diriku sendiri...
malah lebih mementingkan hawa nafsu daripadaMu...
aku lalai yaAllah....
aku lupa untuk mengigatiMu walau untuk seketika...
aku banyak bergelak ketawa bersama kawan-kawan...
malah jarang sekali untuk aku mengigati mati...
sedangkan aku tahu bahawa mati itu mendekatkan diriku padaMu...

HambaMu ini menyombongkan diri terhadapMu
dengan pelbagai bentuk kemegahan,
padahal Engkaulah yang melindungi aku
ditempat tidurku,
Engkaulah yang menciptakanku..
namun yang dibesarkan adalah selainMu.
Engkau yang memberi rezeki
namun selainMu disyukuri.

KebaikkanMu sentiasa turun kepadaku,
tetapi kejahatan ku yang naik kepadaMu.
Engkau mencintaiku dengan
memberikanku nikmat-nikmatMu,
sedangkanku tahu Engkau tidak memerlukanku...

aku selalu memancing kemurkaanMu
dengan pelbagai kemaksiatan,
padalah aku adalah yang
paling perlu kepadaMu..
aku sedar sesiapa yang datang kepadaMu
maka dia akan Engkau jemput darikejauhan,
Sesiapa yang berpaling dariMu,
Engkau akan memanggilnya dari kejauhan...

aku sedar jikaku meninggalkan sesuatu demi Mu,
akan Engkau berikan kepadaku lebih dari cukup.
sesiapa yang mengiginkan keredaanMu,
Engkau pun mengiginkan apa yang diinginkannya.
Jikaku bertindak dengan bergantung
pada daya dan kekuatanMu,
maka aku yakin Engkau akan lunakkan besi bagiku,

jika ku tidak bertaubat kepadaMu,
maka Engkau akan bertindak sebagai Doktor ku,
akan Engkau berikanku cobaan
dengan berbagai musibah untuk membersihkan diriku
dari berbagai aib...

YaAllah...
ku tahu kasih sayangMu mendahului murkaMu..
Sifat penyantunMu mendahului
keputusanMu menjatuhkan hukuman.
Pemberian maafMu lebih mendahului siksaanMu.
Engkau lebih pengasih kepada hamba-hambaMu
daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya..
Ampunilah dosa-dosa hambamu ini...

Saturday, July 25, 2009

Menggilap Potesi Diri Selepas Menghadiri Program Workshop Rahsia Tarikh Lahir..

Suatu disiplin ilmu yang sangat menarik untuk dimiliki oleh semua, bagaimana kita mengenali diri kita dan orang lain. Tidak seperti program atau seminar lain, dengan menyertai Workshop Tarikh Lahir ini, kita akan diajar untuk menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT Analysis) seseorang untuk membina strategi peningkatan membina strategi peningkatan potensi diri untuk jangka panjang. Kajian yang dibuat oleh Dr Azizan Osman keatas 10000 respondent menghasilkan suatu kajian sainstifik yang amat menarik. Bagi mereka yang terlibat dengan kepimpinan, skill ilmu ini amat penting dalam kita mentaklifkan sesuatu individu pada sesuatu tanggungjawab yang sesuai dengan dirinya. Agar tidak timbul suatu kezaliman dalam meletakkan sesuatu. Selepas mengikuti bengkel ini, banyak persoalanku terjawab.

Contoh:-


Daripada bengkel ini, aku dapat mengenal diriku dan orang yang ingin aku tahu. Daripada sini aku dapat mengenali lebih terperinci tentang watak dan perwatakkan. Apa yang menarik disini, setiap nombor-nombor ini mempuyai suatu watak tertentu. Bagi mereka yang telah mengikuti bengkel ini. Mereka akan faham nombor-nombor diatas. Berdasarkan maklumat yang diberikan, kebanyakkan watak adalah tepat sekali. Setiap kelemahan diberikan kelebihan. Setiap racun diberikan penawar agar kita mengetahui kelemahan diri ini dan cuba untuk memperbaiki. Setiap orang mempuyai potensi diri yg kebanyakkan mereka tidak mengetahui. Begitu juga seramai 3000 peserta yang hadir di dewan konvo UTM, masing-masing terpegum dan tertarik. Ini merupakan rahsia ilmu dari Allah yang baru terungkap.



Sebaik-Baik Permainan Adalah Memanah, Menjadi Satu cabang Hobiku..

Suatu hari bilaku diajak oleh seorang sahabat untuk memasuki pertandingan memanah untuk mewakili kawasan. Hati mula tertarik dan berminat. Pada mulanya kami berlima, bila nak bertolak je, 3 dari kami tarik diri. Lama aku dan sahabatku Sulaiman termenung kerana kehadiran kita adalah kategori kumpulan. Aku dah 50/50 dan kadang 30/70 untuk hantar wakil. Sahabatku beri semangat, "tak pa, kita pergi tengok je kalau tak leh main". Alhamdulillah, sampai sana kami diberikan berlawan untuk kategori individu. Alhamdulillah...



Diantara hiburan yang dibenarkan oleh syara' ialah bermain memanah dan perang-perangan. Sebab di satu saat Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah s.a.w. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya:

"Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)

Pertandingan lempar panah itu bukan sekedar hobi atau sekadar bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang diperintah Allah dalam firmanNya:

"Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup."

Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda:

"Ketahuilah! Bahwa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim)

Dan sabdanya pula:

"Kamu harus belajar memanah karena memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Namun begitu, Rasulullah s.a.w. memperingatkan para pemain agar tidak menjadikan binatang-binatang jinak dan sebagainya sebagai sasaran latihannya, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Arab jahiliah.

Abdullah bin Umar pernah melihat sekelompok manusia yang sedang berbuat demikian, kemudian Ibnu Umar mengatakan:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran memanah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dilarangnya permainan seperti itu karena terdapat unsur-unsur penyiksaan terhadap binatang dan merenggut jiwa binatang serta memungkinkan untuk membuang-buang harta, Tidak benar kalau permainan manusia itu dengan mengorbankan makhluk hidup yang lain.

Justru itu pula Rasulullah s.a.w. melarang mengadu binatang seperti yang dilakukan orang-orang Arab dahulu, yaitu mereka membawa dua ekor domba atau sapi kemudian diadu sampai mati atau hampir mati. Lantas mereka senang dan tertawa.

Para ulama berkata: "Bahwa prinsip dilarangnya mengadu binatang, karena terdapatnya unsur menyakiti dan melumpuhkan binatang tanpa faedah, tetapi hanya sekedar bermain-main."

Berdasarkan dalil-dalil di atas, dapat disimpulkan bahawa aktiviti memanah ini memang amat digalakkan oleh Islam kepada muslimin dan muslimat seluruhnya. Memanah bukan sahaja satu cabang sukan yang berprestij malah ia merupakan kemahiran dalam peperangan.

Ini kali pertama aku memanah. Sampai je, terus jadi perserta, diberi tunjuk ajar sikit terus jalan. Dan ini hasilnya..hehe..

Hati ini mula tertaut dengan sukan memanah ni. Yang tinggal lagi sukan berkuda dan berenang je.. InsyaAllah suatu masa..

Tuesday, July 21, 2009

Alhamdilillah, Lepas Juga Ujian SRP ni.. Persoalanku Terjawab..

Alhamdulillah..lega rasanya selepas menjalani test Sijil Rendah Persilatan..

Sebelum menjalani test tersebut, dalam hati ni segala perasaan ada dan pelbagai andaian yg dibuat.. persoalan demi persoalan berperang dalam diri sendiri..Bila terpandang tester, secara automatik seram sejuk membayangkan apa akan berlaku.. Didalam dewan ada 4 gelanggang. Aku adalah kumpulan pertama yang di uji.

Ketika test, saya tiba2 berasa sesak nafas kerana perasaan gemuruh. Bila ketua juri memberitahu, "Mohamad Hafsan, hari ini kamu akan diuji dengan serangan-serangan". Tengok pada tester-tester, aku mula berpeluh. Pejam mata seketika.. berselawat 3 kali dalam hati, minta d mudahkan urusan ketika itu..tiada yang lain saya fikir, hanya ingin selamat.. Perjalanannya aku tak boleh cerita kerana ia rahsia. Disini aku dapat menilai tahap mana diriku sebenar. Setakat mana tindakbalas refleks bila berhadapan dengan serangan diluar jangka. Dalam banyak-banyak serangan, yang satu ni betul-betul berisi, tepat dan padu yang diberikan oleh tester. Waktu ni aku tumpukan sepenuhnya perhatian pada serangan bahagian bahu ke bawah. Bila kena sepak layang ke telinga ku, memang berdesing dan nak terduduk. Alhamdulillah, masih ada refleks. Bila aku kena je, aku jatuhkan tester dan bagi pemakan. Keputusan juri, aku menang walaupun pening2 kena hentak kat CPU td.. Macam-macam ragam peserta aku dapat lihat, ada yang kena serangan bentuk penampar..(kesiannya lebih 10 kali kena tampar). Sepatutnya, sekali kena tampar terus bertindak dan bagi pemakam. Tapi sekali tak tangkis, datang yg kedua, tak tangkis juga, datang yg ketiga.. seterusnya sampai lbh 10 kali.. Kesian2.. Tapi ni namanya diuji, tak da benda yg mudah. Yang pakai kaca mata pula, sampai tercabut kaca mata tu. Sengaja tester nak bagitahu, itulah kelemahannya. Jika kaca mata tu kperluan, jangan lupa pertahankannya. Mcm2 lagi situasi yg aku dapat tgk dalam SRP kali ni.

Alhamdulillah!semua berjalan dengan lancar, walaupun ada yg pitam dll...memang ketika saat itu, tak terbayang, betapa leganya dan rasa syukurnya alhamdulillah aku dah lepas ujian ni..... Kesyukuranku lepas ujian ni, melupakan ku kepenatan dan kesakitan badan ini. Sehari dua lps tu, subhanallah.. kesakitan badan tak dapat dielakkan..lebam kat tangan masih tak hilang.. =). Dalam dunia persilatan ini, aku teruskan langkahku untuk ujian Sijil Menengah Persilatan. Sememangnya yang ini, jauh lebih mencabar. Tapi igat, silat adalah salah satu cabang ilmu je. Dalam kita meneruskan langkah2 perjuangan, kita dapatkan sebanyak mungkin pelbagai disiplin ilmu dan pengalaman di pertegahan jalan. Maka, carilah sebanyak mungkin kepelbagaian disiplin ilmu ini.

Alhamdulillah, Majlis Walimah Abang Dan Adik Kembarku Bakal Menyusul..

Alhamdulillah, abangmu perlu banyak belajar dari mu wahai adik-adikku.. Alhamdulillah.. Kepada sahabat2 yang berkelapangan, dijemputlah datang.. (n_n)

Sunday, July 12, 2009

Beladiri or Banggadiri? : Nasihatku Pada Pengamal Persilatan..

Beladiri dan bangga diri adalah berbeza, beladiri adalah dgn adanya ilmu silat atau apa2 ilmu persilatan yg telah dipelajari manakala banggadiri pula akan timbul jika anda merasa diri anda sudah terlalu hebat, riak dan takbur. Sebab itulah, di masa kini kita dapat lihat anak-anak muda yang menjadi samseng setelah mempelajari silat. Pukul orang, peras ugut dan macam-macam perkara jenayah lagi. Kenapa ini semua terjadi? Tanyalah diri kita sendiri. Jika kita termasuk di dalam golongan ini, janganlah mengisytiharkan anda pengamal Ilmu Persilatan Melayu yang sejati kerana kelak akan memakan diri anda sendiri. Mungkin di dunia atau akhirat. Kembalilah kepada landasan sebenar.

Pesilat perlu igat, roh silat adalah iman dan islam. Mentaati segala titah perintah Allah cara Nabi SAW. Jika pesilat tidak taat perkara ni, pasti dan pasti silat dia tak da roh. Mereka lupa, siapa yang akan menggerakkan mereka, melindungi mereka, menjaga mereka bila musuh menyerang? Andaikata pesilat berkata "silat boleh melindungi mereka dan dengan silat boleh menyelamatkan mereka atau Nasib baik aku belajar silat.." Kata-kata ini telah berlaku syirik pada Allah. Tunggulah hari kekalahan dan kemusnahan kamu!!. Perlu diigatkan, andaikata dua orang pesilat bertumbuk, masing-masing hebat dalam bersilat. Tetapi seorang tak amal & jaga agama. Manakala seorang lagi amal dan jaga agama. Yang amal dan jaga agama itu pasti menang, kerana dia ada roh silat.


Tidak salah untuk mempelajari ilmu ini, yang pasti jgn kita sampai lupa diri dan Pencipta. Beladiri adalah untuk mempertahankan diri dr segala ancaman musuh. Dipelajari dan beramal dgn apa yg dipelajari. Silat Melayu adalah penzahiran seni budaya Melayu yang telah diamalkan selama beratus tahun di seluruh Nusantara. Ia merupakan lambang peradaban orang Melayu di rantau ini dan kini masih diamalkan segenap lapisan masyarakat Melayu yang menetap di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.


Walaupun ia dipanggil dengan berbagai jenis nama, Seni Silat, Pencak Silat, Gayung, Pukulan dan lain-lain lagi tetapi nyata Silat itu mempunyai maksud dan pengertiannya sendiri kepada setiap yang mengamalkannya.


Sejak beratus tahun dahulu, Silat Melayu telah mengalami kajian dan penelitian yang mendalam sehingga menghasilkan fahaman gerak yang jitu dan berguna di dalam keadaan aman dan genting. Ia tersendiri secara langsung hasil daripada budaya Melayu dan ciri-cirinya yang tidak terjumpa di mana-mana bangsa lain seluruh dunia.


Persilatan seringkali dikaitkan dengan Melayu dan Islam. Adakah orang bukan Islam tidak boleh mempelajari Ilmu Persilatan Melayu ? Yang sebenarnya, ilmu persilatan Melayu mengamalkan sikap yang terbuka sama ada untuk pengamal yang beragama Islam ataupun tidak. Jika tidak manakan mungkin ilmu ini dapat berkembang di serata dunia. Apa yang berbeza ialah mengenai kebatinan dalam Ilmu Persilatan Melayu. Oleh kerana silat di asaskan oleh orang beragama Islam, maka ilmu kebatinannya pun mengikut ajaran Islam.


Dalam mempelajari silat, bukanlah kebatinan itu yang hendak di capai tetapi adalah untuk kekuatan dan keyakinan diri jika berhadapan dengan musuh. selain itu ia juga dapat mendisiplinkan diri dan juga menjaga diri kita dari melakukan kemungkaran.


Saya melihat bahawa ilmu persilatan banyak mengajar seseorg individu menjaga tingkah laku, agamanya, solat jangan tinggal dan menghormati orang tua dan lain2 perkara yg baik serta murni.


Tetapi akan berlaku sebaliknya jika terlalu banggadiri dgn apa yg dimilikinya. Bila dah terlalu bangga, mereka akan menyalah gunakan ilmu yang di pelajari bahkan begitu angkuh bila berhadapan dgn org lain. Bukan ini yang di ajar dan dituntut dlm mempelajari ilmu silat. Jangan sekali kali kita mengeruhkan air yang jernih kerana kelak akan bisa merosakkan segalanya. Jika kita dilandas yang benar insyaAllah ilmu silat dapat menjaga maruah diri, keluarga, agama dan bangsa melayu kita.


Untuk menjadi pendekar yang sejati, anda mestilah mempunyai pegangan agama yang kukuh bukannya hanya sekadar tahu yang asas shj. Pahlawan Melayu lama seperti Hang Tuah 5 bersaudara, Mat Kilau, Dato' Maharaja Lela, Tok Janggut, Tokku Paloh, Tok Gajah, Dato' Bahaman dan banyak lagi merupakan antara nama yang patuh terhadap Islam. Contohnya Tokku Paloh, selain dari mahir di dalam Ilmu Persilatan Melayu, beliau juga merupakan seorang tokoh agama yang di segani. Begitu juga Tok Janggut di Kelantan, dia seorang ulama', dialah tok guru silat. Berada di saf sadapan bila Britih mula menjajah. Oleh itu, janganlah sesekali kita merasa bahawa kita hebat setelah mengalahkan musuh kita dan merasa bahawa kita lah pendekar sejati jika kita masih tidak berpegang teguh terhadap ajaran Islam yang sejati. Tampa khudrat dan irothat Allah, kita tak mampu berbuat apa-apa.


WALLAHU'ALAM

Kepimpinan, Amanah Akan Dipersoakan Akhirat Kelak

Apabila kita memperkatakan berkenaan soal kepimpinan sebagai amanah, maka tidak dapat tidak kita harus memperkatakan berkenaan amanah pertama yang diamanahkan oleh allah kepada manusia di muka bumi ini iaitu sebagaimana yang dijelaskan dalam al-quran:
Firman Allah taala yang bermaksud :
"Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit,bumi dan gunung-ganang. Semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikulnya amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia amat zalim dan amat jahil." (Al-Ahzab : ayat 72 ).

Di dalam ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa sesuatu tanggungjawab yang ditaklifkan adalah sesuatu bebanan yang berat sehingga tidak mampu dipikul oleh makhluk lain melainkan manusia yang sesuai dengan sifat mereka yang amat zalim dan jahil. Di samping itu juga, tanggungjawab terletak pada semua manusia,tidak kira sama ada pada lelaki atau pun perempuan kerana nabi bersabda :-

"Setiap seorang dari kamu adalah pengawal (pemimpin) yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya (orang di bawah peliharaannya).Seorang lelaki adalah sebagai pelindung kepada ahli rumahnya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya. Perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya,begitu juga seorang khadam pemelihara harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya." ( Al-Bukhari )

Dalam ayat dan hadis yang telah dibacakan tadi menerangkan kepada kita bahawa tanggungjawab yang dipikul bukan sahaja terletak pada pihak tertentu,bahkan ianya terletak pada semua manusia. Ianya menjadi satu tugas daripada Allah taala kepada hambaNya. Bebanan ini menjadi tanggungjawab sepanjang kehidupan kita bermula kita baligh sehingga Allah taala menarik kembali tanggungjawab tersebut. Pengtaklifan yang dianugerahkan ini adalah untuk menguji hambaNya,sejauh mana hambaNya beriman dan kepercayaan terhadapNya. Kerana kadang-kadang manusia mengaku beriman sedangkan mereka masih belum diuji oleh Allah taala.

Apabila kita menyebut tanggungjawab,ianya adalah amanah daripada Allah taala,pelbagai amanah yang akan dipikul oleh manusia ketika mana hidup di dunia Allah taala ini. Amanah akan wujud di merata tempat,tidak kira sama ada diperingkat sekolah,keluarga,masyarakat kampung,negeri atau pun negara. Setiap amanah ini akan menjadi persoalan di sisi Allah taala,kerana manusia tidak dapat lari dari memikul sebarang amanah dari Allah taala.

Pemimpin diperingkat organisasi sekolah atau universiti,amat diperlukan kerana ianya berfungsi melatih para pelajar mengenal dunia kepimpinan dan belajar memimpin sekelompok masyarakat yang memerlukan kepada pendorong dan pertolongan daripada seorang pemimpinnya. Organisasi diperingkat sekolah atau universiti mengajar kita erti kehidupan sebenar di dunia ini.

Banyak cabaran dan dugaan yang sedang menanti kita. Di dalam organisasi inilah memberi tunjuk ajar kepada kita macam mana cara untuk menangani sesuatu masalah yang ditimpa,disamping itu juga ianya akan lebih mematangkan kita,kerana masalah yang kita hadapi mengajar kita sifat bersabar dan membuat kita mampu untuk menangani masalah dengan genius.

Apabila terlibat dengan mana-mana persatuan,kita tidak akan terlepas daripada menghadapi sebarang kemungkinan masalah. Masalah yang dihadapi datang daripada pelbagai sudut,sama ada datang daripada diri sendiri mahu pun daripada masyarakat bawahan kita.Ini adalah ujian dan dugaan yang tidak dapat tidak mesti dihadapi oleh seorang yang bergelar pemimpin.

Tugas menjadi pimpinan ini adalah pengtaklifan daripada Allah taala. Allah taala telah menentukannya,walaupun kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa tugas ini akan kita pikul,akan tetapi ianya sudah ditetapkan di "Maqadir".Sesungguhnya Allah taala tidak akan mengtaklifkan kepada mereka yang tidak mampu untuk memikul amanah ini,bahkan Allah taala akan mengtaklifkan kepada mereka yang mampu dan layak untuk memikulnya.

Di dalam urusan melantik pemegang jawatan-jawatan sebagai amanah yang dipertanggungjawabkan adalah sabit dari beberapa buah hadis:-

Daripada Abu Zarr katanya : "Suatu hari saya berkata kepada Rasulullah : tidakkah junjungan bercadang melantik saya?"Jawabnya sambil meletakkan tangannya ke atas bahuku : Wahai Abu Zarr,sebenarnya engkau seorang yang lemah,sedangkan jawatan itu suatu amanah. Di hari kiamat dia akan membawa malu dan penyesalan kecuali orang yang mempunyai kemampuan dan menyempurnakan tanggungjawab dengan sempurna." (Muslim)

Kemampuan ilmiah dan amaliah bukannya terletak pada semua manusia,bahkan ianya terletak pada sesetengah manusia yang dipilih oleh Allah taala. Mereka yang mempunyai iman yang kuat,baik akhlaknya dan mulia akan tetapi tidak mempunyai kelayakan untuk memegang jawatan-jawatan dan menjalani tugas dengan sempurna.

Sebagaimana yang berlaku ke atas nabi Yusuf a.s,baginda menawarkan diri bagi menguruskan hal ehwal kewangan negara Mesir,bukannya di atas sebab kenabian dan ketakwaan baginda bahkan di atas kemampuan baginda mengawal dan menguruskan hal ehwal kewangan.

Firman Allah taala yang menceritakan kata-kata nabi Yusuf kepada raja Mesir yang bermaksud :-

"Lantiklah saya mentadbir khazanah negara kerana saya boleh mengawal dan mempunyai pengetahuan" (Surah Yusuf : ayat 55)

Jelas kepada kita bahawa tugas memimpin masyarakat umumnya telah terletak pada semua manusia. Ada di kalangan mereka yang Allah taala mengtaklifkan menjaga keluarga sahaja dan pelbagai lagi amanah lain. Akan tetapi tugas menjaga keluarga,seperti kelazimannya terletak pada kaum lelaki. Kerana kaum lelaki yang mendirikan rumah tangga tidak dapat tidak akan menerima tanggungjawab daripada Allah taala.

Tanggungjawab terhadap isteri,tanggungjawab terhadap anak-anak dan seluruhnya. Sesuatu yang berlaku ke atas keluarga,kaum lelakilah yang akan dipersoalkan oleh Allah taala pada hari kiamat kelak. Apa yang kita lihat ini adalah tanggungjawab diperingkat keluarga,dan kepada mereka yang mempunyai tanggungjawab dan amanah diperingkat yang lebih tinggi bagaimana pula?

Mereka ini mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Setelah diuji dengan memikul tanggungjawab berkeluarga,mereka juga diuji dengan memikul tanggungjawab untuk masyarakat sama ada kampung,negeri dan negara. Sebab itu,pengtaklifan daripada Allah taala hanyalah kepada mereka yang mampu sahaja dalam menguruskan tugas-tugas pemegang jawatan-jawatan.

Amanah berkehendakkan kepada sebaik-baik dan selayak-layak calon untuk memegang sesuatu jawatan. Seandainya kita mengetepikan syarat-syarat ini,kerana pilih kasih dan kerana hubungan kaum kerabat,nescaya kita melakukan perbuatan yang tercela. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

"Barang siapa melantik seorang untuk mengetuai suatu kumpulan sedangkan ada seorang lain yang lebih berhak dan layak daripada nya di sisi Allah taala(mempunyai sifat-sifat yang diredhai Allah)sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah dan Rasulnya serta orang-orang mukmin seluruhnya."

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :-

"Barang siapa yang memegang satu-satu kuasa atau urusan orang Islam kemudian ia melantik seorang ketua ke atas mereka berdasarkan pilih kasih maka balasannya ialah laknat Allah,tidak diterima sebarang galang ganti baginya sehingga dimasukkan dia ke dalam neraka jahanam."

Sesungguhnya tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai seorang pemimpin kelompok masyarakat yang besar telah ditugaskan kepada mereka yang mampu dan layak di sisi Allah taala sahaja. Ianya sudah menjadi ketentuan daripada Allah taala. Barang siapa yang ditaklifkan dengan tugas ini,maka secara langsung mereka mempunyai tugas yang amat besar dan setiap tugas mereka itu akan menjadi persoalan kepada Allah taala.

Namun begitu,kita jangan lupa bahawa pemimpin memang diperlukan,kerana pemimpin adalah penunjuk dan pembawa masyarakat bawahannya. Sekira mana masyarakat bawahannya berada di jalan yang salah maka pemimpinlah yang akan membantu mereka. Maka ganjaran yang amat besar di sisi Allah taala jikalau pemimpin amanah dengan tugasnya dan ikhlas kerana Allah taala.

Ingatlah bahawa sifat amanah kepada seseorang amat penting,setiap amanah dan tanggungjawab yang kita pikul hendaklah dijaga dengan baik dan jangan menyerahkan amanah yang dipikulkan kepada kita,kepada mereka yang bukan selayaknya untuk memikul amanah tersebut. Kerana sunnah Rasulullah s.a.w memperingatkan kepada kita bahawa yang demikian adalah menjadi tanda-tanda kerosakan yang akan timbul di akhir zaman.

Pada suatu hari datang seorang lelaki bertanyakan Rasulullah s.a.w :-

"Bilakah akan berlaku kiamat?"Jawab Rasulullah : "Apabila sifat amanah telah hilang maka tunggulah kiamat." ujar orang itu :"Bagaimana cara ia dihilangkan?" Jawab Nabi : "Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak) maka tunggulah kiamat."

Maka setiap amanah yang ditaklifkan,laksanakanlah ianya dengan baik. Lakukan dengan sedaya upaya,sekadar kemampuan yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada kita. Setiap mereka yang bergelar pimpinan pasti akan ada manah dan ujian. Hadapilah ujian dengan ketenangan dan ketabahan yang dimiliki. Dan Allah taala adalah sebaik-baik tempat untuk mengadu,kepadaNya kita berserah dan kepadaNya kita memohon pertolongan.

Firman Allah taala yang bermaksud :-

"Supaya Allah taala menyeksa orang-orang munafik lelaki dan perempuan,orang-orang musyrikin lelaki dan perempuan dan Allah taala menerima taubat orang-orang mukminin lelaki dan perempuan. Allah taala adalah maha pengampun dan maha penyayang"

Sekian.

Wednesday, July 8, 2009

Duhai Diri Ini, Dengarkanlan..

Peringatan buat diriku yang sentiasa alpa.
Inginku khabarkan sesuatu padamu,
Agar ia memanfaatkan dirimu,
Jua teman-teman akrabmu..

Diriku…
Jika ingin dirimu DIHORMATI,
Dirimu harus MULA MENGHORMATI..
Jika ingin dirimu DISAYANGI,
Dirimu jua harus MULA MENYAYANGI..
Jika ingin dirimu turut DISUKAI,
Dirimu harus mula MENYUKAI,
Jika ingin dirimu DIINGATI,
Dirimu jualah yang harus mula MENGINGATI..
Sesuatu, seharusnya bermula daripada dirimu sendiri..

Diriku…
Jika dirimu inginkan sesuatu,
Kamu harus MULAKAN LANGKAH itu,
Tidak perlu langkahnya seribu,
Pastikan tenang, jangan melulu,
Cukup sekadar yang dirimu termampu,
Apa yang perlu kautahu,
Jangan sesekali dirimu hanya menunggu,
Tindakan segera harus BERLAKU,
Bukan, bukan hanya berterusan menunggu,
Hingga ia jatuh ke ribamu,
Ianya perlukan usaha darimu,
Yakni usaha yang tidak kenal jemu..

Diriku…
Insyaallah…..bersama doakan,
Semoga kejayaan,kegembiraan akan
sentiasa mengiringimu,
Agar ia kekal seperti selalu,
Ketegasan tetap dalam ketenanganmu,
Ya, Tenang dalam pemikiran mu,
Akan jelas terpancar melalui tindakan mu..

Diriku harus tahu,
Perjuangan itu banyaknya liku,
Sedetik waktu berlalu,
Tidak mungkin bisa menunggu,
Ya..menunggu kita yang hanya termanggu,
Termanggu tanpa sebarang usaha yang jitu,

Ingatlah diriku
Jangan disesali ketika itu…
Menangis meraung tidak akan mampu,
Memulangkan detik waktu yang berlalu,
Hargailah,pergunakanlah,rancanglah saat itu,
Agar kelak dirimu mampu,
Ya,mampu tersenyum mengingati detik lalu,
Bukannya dahi berkerut seribu,
Mengenangkan kisah lalu,
Pengalaman yang tidak membantu,
Menjadikan dirimu seorang daie,pemimipin
kepada mad’u mu,

Penutup kata pengakhir bicara,
Buat diriku yang sentiasa lupa,
Mohon bantuan teman dan saudara,
Ingatkanlah selalu andainya diriku terlupa,
Agar dirimu dan diriku sentiasa terjaga,
Daripada melakukan kekhilafan mahupun dosa.

Jika kita ingin MEMBERI, jangan sesekali kita MENGUNGKITI...
Jika kita ingin BERBAKTI, jangan sesekali kita BERHENTI...
Jika kita ingin “BERKONGSI”, jangan sesekali kita "MENYESALI"




Dipetik daripada:-
Nukilan rasa,
Puteri ayah bonda..(Sahabathidayah)

Tuesday, July 7, 2009

Persiapanku Menghadapi Sijil Rendah Persilatan.

Pada 19/7 ni aku akan menghadapi SRP. Sudah lama aku bercita-cita untuk dapatkan sijil ini sebagai pra syarat untuk ku curah kembali ilmu yang aku perolehi selama ini dalam silat cekak. Hakikat silat kita akan dapat bila ilmu itu diajar, diberi,dicurahkan, dikongsi, ia tak akan dapat selagi kita belajar menerima shj.. Sememangnya ia perkara yang agak mencabar bagi ahli-ahli silat. Kerana disini ilmumu diuji dan persoalan terhadap ilmu mu akan terjawab. Sijil Rendah Persilatan (SRP) adalah medium bagi ahli silat ini menambahkan keyakinan mereka untuk mempraktikkan silat ini apabila diserang di luar sana. Selain itu juga ahli dapat menambahkan kecekapan dan pengetahuan yang mendalam terhadap buah-buah yang telah dipelajari. Ujian teorinya walaupun tidak dijalankan pada hari kejadian, namun sedikit sebanyak menambahkan lagi rasa cinta terhadap perjuangan seni silat ini.

Semoga cabang disiplin ilmu yang ku pelajari ni sebagai pelangkap untuk ku menjadi jundullah pejuang agama Allah...