BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 31, 2009

Perbahasan Para Ulama Tentang Seni Mempertahankan Diri

Ulama sejak dari dahulu telah membahaskan tentang(hukum) mempelajari seni mempertahankan diri. Dalil yang diambil dalam memahami isu ini ialah dari surah al-Anfal ayat 60, “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi.”


Menurut Imam Yusuf al-Qardhawi[2], “belajar seni mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, “Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.”


Tujuan Seni Mempertahankan Diri

Tujuan silat atau seni mempertahankan diri yang lain yang utama adalah untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Tetapi konsep ini seharusnya dilihat dengan lebih luas, kerana silat atau seni mempertahankan diri yang lain, bukan sahaja mengajar cara untuk berhadapan dengan musuh tetapi juga membina kekuatan jasmani pengamalnya. Perkara ini menepati kehendak Islam yang menginginkan penganutnya sentiasa sihat dan kuat. Sepertimana dalam sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim[4], bahawa Nabi saw berkata “seorang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah daripada mukmim yang lemah.”



Dalam hal ini, Imam Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa, “Islam tidak menghendaki tubuh yang rapuh; yang tidak boleh menangung beban ketika sedang dituntut darinya, tidak mampu menghadapi kesengsaraan,serta tidak kuat ketika mendapat tentangan. Islam menolak manusia seperti yang digambarkan oleh seorang penyair arab dahulu:

“terpaan angin-angin sepoi melukai kedua belah pipinya,
dan usapan sutera membuat hujung-hujung jemarinya berdarah.”

0 comments: