BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 31, 2009

JOM BELAJAR SILAT

“Saya tak mahu belajar silatlah bang. Mak saya kata, silat ini banyak guna ilmu-ilmu sesat ini. Mandi minyaklah, ilmu keballah, macam-macam lagilah.” Seorang junior menjawab pelawaan saya untuk mendaftar di booth silat. Saya senyum, dan mengeluh “hanya silat sahaja dipandang serong? Seni mempertahankan diri yang lain bagaimana?”. Belum sempat saya mahu menerangkan mana asasnya jawapan beliau itu, dia terus berlalu pergi. Saya hampa, kerana seni mempertahankan diri ciptaan bangsa sendiri, dihitamkan oleh pemikiran lama. Saya bersangka baik pada pelajar tersebut, mungkin stigma yang ada pada dirinya adalah stigma lama yang sekian lama telah ditanam oleh orang-orang yang berada di sekelilingnya. Saya juga tidak terkejut, kerana ramai yang menjawab dengan jawapan yang sama bila diajukan tentang SILAT.

Ramai yang masih ragu-ragu dengan “apakah hukum mempelajari ilmu seni mempertahankan diri.” Saya merasakan pertanyaan ini seringkali dijawab dengan jawapan-jawapan yang sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam pengambilan pandangan-pandangan dikalangan ulama’ muktabar. Seringkali, menjawab pertanyaan ini dengan berkata, “boleh, tidak ada masalah. Sebab kita wajib mempertahankan diri.” Memang benar jawapan ini, tetapi mengapa kita tidak membesarkan mata kita terhadap seni mempertahankan diri yang tidak selari dengan tuntutan syariat? Misalnya, harus tunduk sembah kepada gambar master yang sudah mati. Tunduk sembah kepada matahari, dan pengambilan bahan-bahan yang diharamkan dalam Islam serta mengamalkan petua-petua yang secara jelas mengingkari akidah islamiah.

Selain itu, ada juga seni mempertahankan diri, membutakan penglihatan-penglihatan para pelajarnya dengan mempamerkan sesuatu yang diluar batas kemampuan manusia. Adakah pertunjukkan ini mahu mengambarkan pembuatnya itu adalah wali? Sedangkan sesuatu karamah atau maunah, bukanlah boleh didatangkan dengan kehendak manusia itu. Tetapi karamah atau maunah, didatangkan atas keizinan Allah dan kehendak-Nya. Selain daripada(maunah dan karamah) itu, semuanya adalah istidraj. Iaitu sesuatu yang diberikan kurnia semata-mata untuk menjerumuskan manusia terus ke dalam kesesatan.

0 comments: