BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 12, 2009

Beladiri or Banggadiri? : Nasihatku Pada Pengamal Persilatan..

Beladiri dan bangga diri adalah berbeza, beladiri adalah dgn adanya ilmu silat atau apa2 ilmu persilatan yg telah dipelajari manakala banggadiri pula akan timbul jika anda merasa diri anda sudah terlalu hebat, riak dan takbur. Sebab itulah, di masa kini kita dapat lihat anak-anak muda yang menjadi samseng setelah mempelajari silat. Pukul orang, peras ugut dan macam-macam perkara jenayah lagi. Kenapa ini semua terjadi? Tanyalah diri kita sendiri. Jika kita termasuk di dalam golongan ini, janganlah mengisytiharkan anda pengamal Ilmu Persilatan Melayu yang sejati kerana kelak akan memakan diri anda sendiri. Mungkin di dunia atau akhirat. Kembalilah kepada landasan sebenar.

Pesilat perlu igat, roh silat adalah iman dan islam. Mentaati segala titah perintah Allah cara Nabi SAW. Jika pesilat tidak taat perkara ni, pasti dan pasti silat dia tak da roh. Mereka lupa, siapa yang akan menggerakkan mereka, melindungi mereka, menjaga mereka bila musuh menyerang? Andaikata pesilat berkata "silat boleh melindungi mereka dan dengan silat boleh menyelamatkan mereka atau Nasib baik aku belajar silat.." Kata-kata ini telah berlaku syirik pada Allah. Tunggulah hari kekalahan dan kemusnahan kamu!!. Perlu diigatkan, andaikata dua orang pesilat bertumbuk, masing-masing hebat dalam bersilat. Tetapi seorang tak amal & jaga agama. Manakala seorang lagi amal dan jaga agama. Yang amal dan jaga agama itu pasti menang, kerana dia ada roh silat.


Tidak salah untuk mempelajari ilmu ini, yang pasti jgn kita sampai lupa diri dan Pencipta. Beladiri adalah untuk mempertahankan diri dr segala ancaman musuh. Dipelajari dan beramal dgn apa yg dipelajari. Silat Melayu adalah penzahiran seni budaya Melayu yang telah diamalkan selama beratus tahun di seluruh Nusantara. Ia merupakan lambang peradaban orang Melayu di rantau ini dan kini masih diamalkan segenap lapisan masyarakat Melayu yang menetap di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.


Walaupun ia dipanggil dengan berbagai jenis nama, Seni Silat, Pencak Silat, Gayung, Pukulan dan lain-lain lagi tetapi nyata Silat itu mempunyai maksud dan pengertiannya sendiri kepada setiap yang mengamalkannya.


Sejak beratus tahun dahulu, Silat Melayu telah mengalami kajian dan penelitian yang mendalam sehingga menghasilkan fahaman gerak yang jitu dan berguna di dalam keadaan aman dan genting. Ia tersendiri secara langsung hasil daripada budaya Melayu dan ciri-cirinya yang tidak terjumpa di mana-mana bangsa lain seluruh dunia.


Persilatan seringkali dikaitkan dengan Melayu dan Islam. Adakah orang bukan Islam tidak boleh mempelajari Ilmu Persilatan Melayu ? Yang sebenarnya, ilmu persilatan Melayu mengamalkan sikap yang terbuka sama ada untuk pengamal yang beragama Islam ataupun tidak. Jika tidak manakan mungkin ilmu ini dapat berkembang di serata dunia. Apa yang berbeza ialah mengenai kebatinan dalam Ilmu Persilatan Melayu. Oleh kerana silat di asaskan oleh orang beragama Islam, maka ilmu kebatinannya pun mengikut ajaran Islam.


Dalam mempelajari silat, bukanlah kebatinan itu yang hendak di capai tetapi adalah untuk kekuatan dan keyakinan diri jika berhadapan dengan musuh. selain itu ia juga dapat mendisiplinkan diri dan juga menjaga diri kita dari melakukan kemungkaran.


Saya melihat bahawa ilmu persilatan banyak mengajar seseorg individu menjaga tingkah laku, agamanya, solat jangan tinggal dan menghormati orang tua dan lain2 perkara yg baik serta murni.


Tetapi akan berlaku sebaliknya jika terlalu banggadiri dgn apa yg dimilikinya. Bila dah terlalu bangga, mereka akan menyalah gunakan ilmu yang di pelajari bahkan begitu angkuh bila berhadapan dgn org lain. Bukan ini yang di ajar dan dituntut dlm mempelajari ilmu silat. Jangan sekali kali kita mengeruhkan air yang jernih kerana kelak akan bisa merosakkan segalanya. Jika kita dilandas yang benar insyaAllah ilmu silat dapat menjaga maruah diri, keluarga, agama dan bangsa melayu kita.


Untuk menjadi pendekar yang sejati, anda mestilah mempunyai pegangan agama yang kukuh bukannya hanya sekadar tahu yang asas shj. Pahlawan Melayu lama seperti Hang Tuah 5 bersaudara, Mat Kilau, Dato' Maharaja Lela, Tok Janggut, Tokku Paloh, Tok Gajah, Dato' Bahaman dan banyak lagi merupakan antara nama yang patuh terhadap Islam. Contohnya Tokku Paloh, selain dari mahir di dalam Ilmu Persilatan Melayu, beliau juga merupakan seorang tokoh agama yang di segani. Begitu juga Tok Janggut di Kelantan, dia seorang ulama', dialah tok guru silat. Berada di saf sadapan bila Britih mula menjajah. Oleh itu, janganlah sesekali kita merasa bahawa kita hebat setelah mengalahkan musuh kita dan merasa bahawa kita lah pendekar sejati jika kita masih tidak berpegang teguh terhadap ajaran Islam yang sejati. Tampa khudrat dan irothat Allah, kita tak mampu berbuat apa-apa.


WALLAHU'ALAM

3 comments:

fairuz mursyid said...

Persilatan adalah ilmu kendiri...yang memebentuk nilai diri...jika bangga diri yg dibentuk, maka kendiri yg dibina akan merosakkan jatidiri...jika beladiri diperolehi maka syukurlah pada Ilahi.

fairuz mursyid said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mohamad Hafsan Bin Hussin said...

betul tu mursyid, seperti ana jelaskan dalam artikel2 ana sebelum ini. Islam itu teras kepada silat melayu asli. Jika pengamalnya lari daripada perkara ini. Maka cacatlah ilmunya.
Dalam silat InsyaAllah jarang melahirkan org2 yg bangga diri ini, kerana sistem silat tu ada sistem usrah dan taskirah. Kalau ada pun bilangan yg kecil sahaja. Tapi inilah duri dalam daging.
Kebanyakkan gengster2 ni mereka bukan dari latarbelakang silat, tetapi ilmu seni beladiri lain yang jelas tak da islam dalam pembawaannya. Sebabtu mereka berani menggunakan senjata dalam pergaduhan2 dll. Maka persiapkan lah dirimu wahai sang rijal yang menjadi pelindung kepada orang dibawah jagaanmu..