BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 31, 2009

Silat Dalam Perpektif Solat

Daripada pengamatan saya selama berada dalam Silat Cekak Hanafi (Skrn dikenali Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi). Beberapa perkara menarik untuk dikongsi bersama sahabat. Maka kembalilah silat itu kepada fitrah asal.



Terdapat 4 kaedah utama dalam Silat Cekak iaitu :

1. Kaedah A (Diilhamkan dari kedudukan berdoa)
2. Kaedah B (Diilhamkan dari kedudukan qiam)
3. Kaedah C (Diilhamkan dari kedudukan ketika rukuq)
4. Kaedah D (Diilhamkan dari kedudukan ketika mengangkat takbir)

Dari 4 kaedah ini maka lahirlah 21 buah dan kepada ahli baru , mereka akan mengikuti silibus matapelajaran seperti dibawah :

Kaedah A
Kaedah A adalah diilhamkan daripada gerakan doa. Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 11 buah iaitu:

  • Buah Pertama
  • Buah Kilas Belakang
  • Buah Kidung Kiri
  • Buah Hentak
  • Buah Ali Patah Atas
  • Buah Ali Patah Sudah Pecahan Pertama
  • Buah Selendang
  • Buah Paras
  • Keputusan Pasong Kemanga
  • Buah Luncur
  • Buah Siku Potong
Kaedah B adalah diilhamkan dari gerakan Qiam dalam sembahyang. Daripada kaedah Qiam ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 5 buah iaitu:

  • Keputusan Gayung Fatani
  • Keputusan Sendeng Atas
  • Buah Kuntau Jatuh
  • Buah Gari
  • Buah Ali Patah Sudah Pecahan Kedua






Kaedah C
adalah diilhamkan dari gerakan rukuk dalam sembahyang. Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 3 buah iaitu:

  • Buah Kilas Hadapan
  • Keputusan Terlak
  • Keputusan Lintau








Kaedah D adalah diilhamkan oleh gerakan takbiratul ihram dalam sembahyang. Daripada kaedah doa ini maka lahirlah buah-buah pelajaran Silat Cekak Hanafi sebanyak 2 buah iaitu:

  • Buah Kuntau Kiri
  • Buah Hempok








* Pada peringkat asas dan jatuh , ahli akan diperkenalkan kepada 20 buah sahaja .
* Setelah mendapat 20 buah asas dan jatuh , ahli akan masuk pada peringkat potong.
* Setelah tamat peringkat potong ahli akan dikenali sebagai ahli yang tamat silibus matapelajaran dan layak menerima buah ke 21 dalam Silat Cekak .
* Ahli yang tamat akan masuk kepada peringkat umum sekiranya masih kekal dan seterusnya memasuki kelas kemahiran .


Terdapat 5 pantang larang didalam Silat Cekak iaitu :

1. Tidak boleh derhaka kepada guru
2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
5. Tidak boleh mencaci silat melayu asli yang lain


Pantun Silat Cekak

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

Nukilan Oleh : Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad

0 comments: